Majlis Sambutan Hari Raya; Sucikan Hati, Raikan Aidilfitri
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
“Sucikan Hati, Raikan Aidilfitri’
Tarikh : 4 Oktober 2009 (15 Syawal 1430)
Tempat : Takashimadaira Hall, Tokyo
Masa : 1200 ~ 1630
Tentatif
1100 : Kehadiran tetamu
1200 : Solat Zuhur berjemaah
1245 : Ucapan Naib Presiden AMIR
1300 : Jamuan bermula
: Video ucapan raya
: Persembahan
: Pertandingan menganyam ketupat
: Permainan
1545 : Solat Asar berjemaah
1630 : Bersurai
Laporan Majlis Sambutan Hari Raya (akhawat)
Pada 15 Syawal 1430 Hijrah, bersamaan 4 Oktober 2009, AMIR telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dengan menjadikan ’Sucikan Hati, Raikan Aidilfitri’ sebagai tema. Majlis yang diadakan di Takashimadaira Hall, Tokyo telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 30 ~ 40 orang jyosei yang rata-ratanya dari kalangan pelajar yang tinggal di sekitar kawasan Tokyo.
Para tetamu hadir pada jam 1100 dan sempat berkenalan antara satu sama lain sementara menunggu waktu utntuk menunaikan solat Zuhur. Sesudah solat, dengan gandingan dua orang pengacara, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan :
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu, dari Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam; beliau bersabda : ”Sesungguhnya ada seorang lelaki berkunjung ke tmpat saudaranya yang berada di desa lain, kemudian Allah Ta’ala mengutus malaikat untuk menghadang perjalanannya. Setelah malaikat berjumpa dengannya, ia bertanya : ’Hendak ke manakah kamu?’ Ia menjawab : ’Saya akan berkunjung ke tempat saudaraku yang berada di desa itu.’ Malaikat itu bertanya : ’Apakah kamu merasa berhutang budi sehingga kamu ingin membalas kebaikannya?’ Ia menjawab : ’Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah Ta’ala.’ Malaikat itu berkata : ’Sesungguhnya saya adalah utusan Allah kepadamu (untuk menyampaikan) bahawa Allah telah mencintaimu sebagiamana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.’ ” (Hadis riwayat Muslim)
Sebelum menjamu selera, majlis didahului dengan ucapan oleh Naib Presiden AMIR. Nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang, serta rendang yang menjadi sajian utama pada majlis ini begitu membuka selera. Selain itu, terdapat juga beberapa jenih kuih-muih dan buah-buahan yang dibawa oleh para tetamu, memandangkan majlis pada kali ini lebih kepada majlis potluck.
Jamuan makan diselang-selikan dengan sesi suai kenal sesama tetamu. Di samping itu, turut ditayangkan ucapan Selamat Hari Raya daripada senpai yang telah pulang ke Malaysia dan sebuah video yang dirakan khas untuk majlis ini oleh akhawat dari Auckland. Seterusnya, sebuah persembahan yang mengangkat cara Rasulullah menyambut hari raya sebagai mesej utama, telah dipersembahkan. Alangkah berbezanya cara Rasulullah merayakan Syawal, sedikit-sebanyak membuka mata hati.
Majlis diceriakan lagi dengan pertandingan menganyam ketupat. Seramai enam orang peserta mengambil bahagian. Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan ketupat masing-masing. Tak kurang juga ada yang bekerjasama untuk menyudahkan anyaman. Majlis juga bertambah ceria dengan permainan rebut kerusi raya.
Akhir sekali, majlis penyampaian hadiah diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan menganyam ketupat dan permainan. Setelah mengemas membungkus makanan untuk para tetamu dan mengemas dewan, para hadirin menunaikan solat asar secara berjemaah. Sesudah itu, masing-masing membawa langkah pulang dengan seribu kenangan. Moga-moga madrasah tarbiyah yang dilalui pada Ramadhan yang lalu bisa menyucikan hati dalam meraikan aidilfitri yang masih berbaki.


.png)

