Aku Baru Terjaga
September 9, 2009 by admin
Filed under Artikel Pilihan
“Kata-kata manusia itu ibarat patung yang tidak benyawa, apabila dia mati kerananya, barulah ketika itu kata-katanya akan mula hidup dan menjalar merata.” Begitulah kira-kira, kata-kata seorang syuhada agong abad ke-20, sehingga tidak mengharuskan saya untuk menyebut namanya. Begitu jualah manusia, manusia itu ibarat sesuatu yang mati.
Benar, memang benar. Persis seperti yang anda lihat di filem-filem matrix, manusia yang hidup di abad ini sebernarnya adalah ibarat patung-patung yang mati. Gerak-geri dan kerjanya sudah terprogram dan ia selesa dengan itu. Selesa kerana dengan program yang diprogramkan itu ia dapat, paling tidak melepaskan dirinya dari permasalahan. Buat apa bersusah-payah, berpenat-lelah dan bermati-mati untuk mengubah sistem yang sedia ada. Terima sajalah seadanya, inilah yang telah ditakdirkan untukku.
Tidak, sekali-kali tidak. Aku ingin menjadi manusia yang hidup, bukan mati. Seperti ada kata-kata inggeris yang pernahku dengarkan, “everyman dies, but not everyman really live”. Kadang-kadang aku menyesali keadaan ini, namun aku tidak mampu mengubahnya. Kalaupun aku ingin mengubahnya aku terpaksa menempuh liku-liku yang amat sukar. Nanti!. Sudah!, sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin mengundur diri. Jangan nanti terjerumus pula aku ke lembah perjuangan ini. jangan kau libatkan aku, perjuanganmu sangat panjang, melebihi usiaku, biarlah aku hidup dalam matrix ini. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, gajiku RM3000. Cukuplah, cukuplah. Biarkan aku dalam matrix ini.
Perjuangan yang kau katakan ini memang terpuji, memang mulia, memang agong. Aku akui… tapi aku … aku ingin hidup untuk diriku, aku ingin melepaskan diriku. Sudah, jangan kau libatkan aku. Aku rela berkubur di alam matrix ini. Biarlah, baik kapitalis mahu apapun, semua yang telah ditakdirkan untukku, aku terima saja. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, aku punya gaji RM3000…
…
Duhai “aku”… pernahkan engkau bermimpi? Dalam suatu mimpi yang indah, kau bermain, bersuka, atau makan kegemaranmu? Seakan-akan ia sangat benar, seakan-akan kau betul-betul hidup di dalam mimpimu itu. Lalu apa terjadi ketika jagamu? Semuanya itu lenyap dalam sekelip mata, kau cuba juga menggapai apa yang termampu, tapi gapaianmu itu lenyap sesaat saja. Lalu musnah semua mimpi-mimpi indahmu. Kau terjaga dan kau sedari kau tidak punya apa sebanarnya. Itulah ibaratnya hakikat hidup ini. Kau terasa indah, sangat selesa dengan kedudukanmu. Dengan gajimu yang sudah cecah RM3000. Kerana paling tidak, kau dapat melepaskan dirimu. Dapat hidup untuk dirimu. Lalu apa terjadi ketika ajal datang menjemputmu? Semuanya itu lenyap sebentar sahaja. Barulah ketika itu kau sedar, rupanya kau tidak punya apa. Itulah hakikatnya kehidupan.
Duhai “aku”, kau lihat para pejuang yang bersusah-payah, berpenat-lelah, dan bermati-mati itu, mereka tak punya apa. Mereka tak punya gaji RM3000. Mereka tak punya hidup sepertimu. Mereka tak punya “hidup untuk diriku”. Kerana mereka punya “hidup untuk orang lain”. Segala yang mereka usahakan, tidak ada yang untuk diri mereka. Sehingga ajal datang menjemput mereka. Lalu mereka punya segala-gala, punya gaji bukan cuma RM3000. Mereka ada segala selesa, dan mereka kini dapat melepaskan diri mereka, untuk kehidupan yang selama-lama. itulah mimpi indah mereka. Ketika itu duhai “aku”, kau lihat mereka tidak lagi bersusah-susah, berpenat-lelah dan bermati-mati. Mereka bersuka-suka, bermain-main bersama-sama pasangan mereka, dan makan kegemaran mereka. Bukan cuma untuk satu ketika, tetapi untuk selama-lamanya. Nah, itulah harganya, untuk satu kenikmatan yang selama-lamanya. Itulah harganya. Sebuah pengorbanan, harga sebuah hidup yang bukan untuk diri mereka. Bukan untuk melepaskan diri mereka dan berkubur di alam matrix ini. tapi hidup mereka, “hidup untuk orang lain”. Mereka berkorban untuk orang lain. Supaya orang lain dapat menerima panggilan islam. Kerana itulah tugas kita. Iaitu,
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah : 30)
dan..
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (al-Dzaariyaat :56)


.png)


abu_affan81 on Wed, 9th Sep 2009 11:48 pm
Nice artikel! Makin tua makin terasa kebenaran matrix ini. Walaupun kaki dan tangan bebas tidak terbelenggu. Tapi hakikatnya hati ini terbelenggu dengan satu sistem yang cukup mengasyikkan.
Sungguh, syaitan itu membuat indah,,
rajulussalim on Sat, 12th Sep 2009 8:00 pm
dahsyat ek artikel ni, makin sedar yang kepala otak, tangan, kaki habis semuanya dikerudung kejap dengan angan-angan demi nikmat yang berbaki hanya sesaat. Nisbah masa dan balasan hidup sekarang jelas berkali-kali ganda dijarakkan dengan apa yang bakal dituai kelak.
Kita tahu, cuma masih tak mahu…sayang-sayang…
Bern on Fri, 25th Sep 2009 7:15 pm
Yaah. kadang-kadang tergoda dengan pujukan dunia.harap-harap lepas ini akan terus terjaga sampai bila-bila..