Beza Kata Nama dan Kata Kerja
January 30, 2010 by admin
Filed under Artikel Pilihan
Di dalam bahasa Melayu, terdapat istilah kata nama dan kata kerja. Kedua-duanya berbeza jika diamati.
Contoh kata nama adalah “Saya Lari”
Contoh kata kerja adalah “Saya lari”
Jika diteliti, seakan-akan sama, tetapi jauh berbeza. Perbezaan yang besar. Bezanya hanya pada perkataan lari yang di mana, pada kata nama ianya berhuruf besar ‘Lari’ dan pada kata kerja ianya berhuruf kecil ‘lari’.
“Apa bezanya? Sama sahaja?” Sekali lagi, ianya berbeza terutama dalam maksud dan konteks dalam bahasa Melayu.
‘Kata Nama’ menunjukkan nama, yang maksudnya sama seperti nama saya Lari. Ianya bersifat ekslusif untuk menunjukkan atau mendefinasikan sebagai nama. Sama sahaja seperti saya Ali, saya Halim, dan lain-lain lagi. Ambil contoh;
Halim sedang duduk di dalam kelas, tiba-tiba cikgu datang dan membawa seorang pelajar bersama. “Murid-murid sekalian, saya memperkenalkan kepada semua pelajar, pelajar yang baru masuk ke sekolah ini” Semua mata tertumpu kepada murid yang baru masuk, ada tanda-tanda kejernihan pada wajah budak itu kepada sesiapa yang memandang. “Nama saya Lari, selamat berkenalan”. Namanya yang pelik itu menyebabkan murid lain tergelak dan Lari kembali diam dalam nada sedih dan geram.
Tetapi berbeza dengan kata kerja. Kata kerja menunjukkan pekerjaan, ianya tidak bersifat ekslusif kepada mana-mana pengkhususan. Ianya lebih kepada menunjukkan saya berlari. Contoh lain adalah ‘saya makan’, menunjukkan sesuatu perbuatan.
Ahmad pulang dari sekolah dalam keadaan yang tidak senang kerana markah ujiannya tidak memuaskan. Lantas Hassan rakannya bertanya, “jika kamu marah, apa yang akan kamu lakukan Ahmad?”. Ahmad menjawab “Saya lari!”
Harap jelas dengan ‘saya Lari’ dan ‘saya lari’ akan maksud yang cuba disampaikan. Perbezaan dari segi maksud yang cuba disampaikan adalah jelas.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan dua prasa ini, ‘saya Islam’ dan ‘saya islam’. Kata nama ‘saya Islam’ menunjukkan ianya bersifat ekslusif, boleh menjadi nama seseorang dan sifatnya yang terhad dan ekslusif sahaja.
Contoh kata nama adalah seperti berikut.
“Boleh saya tahu siapa nama kamu” Tanya Cikgu Arifin. “Saya Islam” balas Islam kepada Cikgu Arifin.
Kata kerja pula berbeza, saya islam dalam konteks kata kerja menunjukkan yang saya mengamalkan Islam. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ianya suatu pekerjaan, tidak ekslusif dan berterusan.
Kembali dengan persoalan, yang mana lebih ideal, saya Islam atau saya islam. Huruf besar atau huruf kecil. Jawapannya, tepuk dada Tanya iman.



.png)


fahim on Tue, 2nd Feb 2010 3:17 pm
saya “muslim”
afif on Tue, 2nd Feb 2010 4:10 pm
nak share kat fb.. admin..nnt bubuh plugin yg boleh share2 tu..
fareast on Wed, 3rd Feb 2010 1:11 pm
kalau nak share boleh copy link lepas tu paste di facebook sahaja. Tapi kalau ada link lagi memudahkan.
admin on Wed, 3rd Feb 2010 1:29 pm
salam. dah letak dah plugin tu. terima kasih atas cadangan.