Survival Guide
.
1) Makanan Halal dan Haram di Jepun
2) Tempahan Makanan Via Internet
5) Solat Jumaat
—————————————————————————————————
Makanan Halal dan Haram di Jepun
Hadith 6 (Hadith 40 – Imam Nawawi)
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang HALAL itu terang (jelas) dan yang HARAM itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang SYUBAHAT (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah taman larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah HATI.”
Apabila berada di Jepun bahkan di mana-mana sahaja, Islam (agama) perlu didahulukan walaupun dalam bab makan. Antara senarai bahan-bahan atau perkataan yang perlu di ambil perhatian adalah seperti di jadual di bawah.
Apabila berada di Jepun bahkan di mana-mana sahaja, Islam (agama) perlu didahulukan walaupun dalam bab makan. Antara senarai bahan-bahan atau perkataan yang perlu di ambil perhatian adalah seperti di jadual di bawah.
|
Ingredient |
原材料 |
Comments |
|
Meat |
肉 |
Haram |
|
Beef |
牛肉 |
Haram |
|
Beef |
ビーフ |
Haram |
|
Chicken |
鶏肉 |
Haram |
|
Chicken |
豚肉 |
Haram |
|
Pork |
ポーク |
Haram |
|
Pork |
ベーコン |
Haram |
|
Bacon (Pork) |
アルコール |
Haram |
|
Alcohol |
酒精(しゅせい) |
Haram |
|
Alcohol |
酒 |
Haram |
|
Wine |
酒、ワイン |
Haram |
|
Liquors |
洋酒(ようしゅ) |
Haram |
|
Mirin |
みりん |
Haram |
|
Piasma |
うん |
Haram |
|
Gelatin |
ゼラチン |
Haram |
|
Lard |
ラード |
Haram |
|
Animal Oil & Fat |
動物性油脂 |
Haram |
|
Animal Margarine |
動物性マーガリン |
Haram |
|
Animal Shortening |
動物性ショートニング |
Haram |
|
Vegetable Oil &Fat |
植物性油脂 |
Halal |
|
Vegetable Margarine |
植物性マーガリン |
Halal |
|
Vegetable Shortening |
植物性マーガリン |
Halal |
|
Shortening |
ショートニング |
Caution |
|
Emulsifier |
乳化剤(にゅうかざい) |
Caution |
|
Margarine |
マーガリン |
Caution |
|
Soy Sauce |
醤油(しょうゆ) |
Caution |
|
Miso |
味噌(みそ) |
Caution |
|
Vinegar |
酢(す) |
Caution |
|
Oil & Fat |
油脂(ゆし) |
Caution |
|
Consomme |
コンソメ |
Caution |
注意点
- Caution = Syubahat
- Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih makanan/minuman yang mengandungi bahan yang syubahat. Anda boleh menelefon syarikat makanan/minuman itu dengan menggunakan nombor telefon yang tercatat pada bungukusan makanan atau tin minuman untuk memastikan sama ada ia diperbuat/menggunakan bahan daripada 植物油脂atau 動物油脂. Bagi makanan/minuman di restoran atau kedai makan, anda boleh menanyakan terus pada pekedai untuk memastikan bahan yang digunakan. Jangan malu, jangan segan. みんなの日本語がうまいんでしょう~!
- Terdapat juga乳化剤 yang boleh dimakan tetapi dengan syarat ditulis begini 乳化剤(大豆由来). Sama juga dengan ショートニング(大豆由来). Anda boleh makan dengan yakin, insya Allah.
Untuk mendapatkan makanan halal seperti daging lembu, daging ayam, rempah ratus, jus buah-buahan, paratha dan bermacam-macam lagi, anda boleh membuat tempahan via internet dengan melayari laman web seperti yang dicadangkan di bawah.
|
ONLINE STORES |
||
|
ONLINE STORES |
Online Store BATICROM (Tokyo) |
|
|
Aniza-Ichiba (Makanan Indonesia) |
||
|
Baharu (Tokyo) |
||
Senarai online store lain, kedai makanan halal dan restoran halal boleh dirujuk di Islamic Center Japan (ICJ)
http://islamcenter.or.jp/eng/halalfood.html
Ke atas
Perkataan qasar dan jamak sering menjadi sinonim solat semasa musafir. Dua konsep ini adalah kelonggaran atau rukhsah yang Allah berikan kepada umat Islam selaras dengan keindahan Islam sebagai ad-din (cara hidup) yang mudah dan tidak membebankan penganutnya.
..Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran..[al-Baqarah:185]
Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.[Huud:114]
Keadaan-keadaan lain yang dibenarkan melakukan jamak selain daripada keadaan bermusafir:
- Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.
- Jamak kerana sakit.
- Jamak kerana hujan.
Jamak sebab hajat.
Contoh:
- Pelajar di luar negara yang menghadapi peperiksaan ataupun menghadiri kelas yang terpaksa mengambil waktu solat Isyak yang singkat, waktu Zuhur dan seumpamanya.
- Saintis yang melakukan pemerhatian dan kajian di dalam makmalnya. Mereka terpaksa berada di dalam makmalnya seharian suntuk.
- Doktor yang terpaksa melakukan pembedahan selama berjam-jam, sekiranya beliau meninggalkan tugasnya walaupun sebentar akan memudaratkan pesakit.
- Orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan dia terpaksa berada di dalam keretanya berjam-jam lamanya. Dia juga tidak berupaya melarikan diri daripada kesesakan itu.
- Orang yang berada di dalam penjara, lokap ataupun tahanan yang membuatkannya tidak dapat mengagak waktu solat secara terperinci.
- Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa berkawal, menjaga dan mengawasi suatu tempat, keadaan, jalan dan apa-apa sahaja yang tidak membenarkan mereka meninggalkan kawasan itu kerana kritikalnya suasana pada masa itu.
Jamak sebab sakit.
Harus bagi individu yang sakit tenat dan berat bagi menjamakkan solat mereka. Rasionalnya supaya tidak dibebani dengan menanti-nantikan waktu solat dan supaya mereka dapat berehat menunggu penyakitnya sembuh.
Jamak sebab hujan.(Syarat-syarat dan cara)
- Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja. Bagi mereka yang solat di rumah, ia tidak dibenarkan.
- Tiada jamak taakhir dalam kes jamak sebab hujan.
- Hujan yang turun sama ada pada waktu Zuhur ataupun Maghrib itu tidak berhenti sehingga jemaah selesai menunaikan solat Zuhur ataupun Maghrib.
- Hujan yang membasahkan baju, bukannya hujan renyai-renyai.
- Hanya dapat dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja dan sesiapa yang tinggal dekat dengan masjid tidak dibenarkan melakukan jamak.
Amalan ini dilihat praktikal sekali bagi mereka yang tinggal di luar negara ataupun negara bukan Islam yang mana lokasi masjid agak jauh dari tempat kediaman individu Muslim. Mereka pasti berhadapan dengan kesulitan berulang alik ke masjid pada waktu salji, angin yang kuat dan juga hujan.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.[Thaahaa:132]
Bagaimana mereka dapat menunaikan solat pada waktunya?
Dalam amalan Muslim di Malaysia ada 2 alternatif. Pertama, tidak perlu menunaikan solat. Keadaan-keadaan yang berlaku adalah hujah dan lessen terbesar bagi mereka meninggalkan solat. Persoalannya adakah mereka sanggup berhadapan dengan Allah di padang Mahsyar nanti dengan alasan itu?
Kedua, ramai Muslim di Malaysia memilih mengqadakan solat yang ditinggalkan. Alasan mereka, oleh kerana ia tidak dapat dilakukan pada waktunya, ia perlu digantikan pada waktu yang lain. Fahaman ‘qada’ ini kadang-kadang menjadi alat bagi ramai Mslim meninggalkan solat tanpa sebab yang kukuh.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?[al-Maa'idah:91]
Menjamakkan antara dua solat dalam satu waktu kerana hajat yang kritikal yang tidak dapat dielakkan adalah alternatif yang lebih syar’i dan diperakui ramai ulama dan saranan Nabi Muhammad sendiri tanpa meninggalkan solat dan tanpa melakukan qada.
Syarat membenarkan perlakuan jamak:
- Ia tidak dijadikan kebiasaan atau adat sehingga dilakukan dalam banyak keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak.
- Hajat itu perlu benar-benar mendesak dan tidak dapat dielakkan. Kalau hajat itu ditinggalkan, ia membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.
- Ia tidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat ataupun alasan bagi mengambil mudah atas urusan agama.
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.[al-Baqarah:238]
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir..[an-Nisaa':101]
Tempoh bermusafir.
Para sahabat melakukan qasar apabila mereka tidak berniat bermukim di suatu tempat. Oleh itu, apabila seseorang itu bermusafir ke suatu tempat dan tidak pasti bilakah dia akan meninggalkannya, dia boleh melakukan qasar selagi dia berada di sana sehingga memutuskan waktu dia akan bermukim. Hal yang sama juga apabila orang itu berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dan tidak tetap dalam perjalanannya, dia juga boleh melakukan qasar sepanjang dia bermusafir.
Jarak perjalanan
- Abu Hanifah: 125km.
- Maliki,Syafie dan Hanbali: 2 marhalah (80km @ 95km)
- Zaidiyyah: 4 farskah @ 1 barid (28km)
- Zahiri: Tiada had yang ditetapkan tapi meletakkan 2km sebagai jarak minimum bagi menentukan orang itu bermusafir ataupun tidak.
Bagi menetapkan jarak bermusafir yang membenarkan Muslim itu melakukan qasar, ia perlu kepada dalil yang sahih, sama ada di dalam Quran ataupun kata-kata Nabi Muhammad yang sahih. Cuma di dalam Quran, kebenaran melakukan qasar tidak disebut secara mutlak dan tidak dihadkan dengan jarak-jarak yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, kerana tidak ada kata-kata Nabi Muhammad yang kuat bagi menetapkan jarak musafir, tidak haruslah kita bertegas pada mana-mana jarak sebagai jarak minimum bagi melakukan qasar. Terserah pada pandangan mana yang lebih senang bagi mereka yang ingin melakukan qasar.
Apabila ingin mengambil jarak yang terdekat, ia berdasarkan hadith Muslim, jaraknya adalah 3 farskah(16km) dan jarak yang jauh adalah 125km. Walau bagaimanapun, apabila ingin pendapat yang lebih mudah, pendapat golongan Zahiri adalah yang dekat dengan makna Quran secara umum iaitu, ‘tiada had minimum bagi mereka yang ingin melakukan qasar solat, asalkan mereka berada dalam keadaan musafir’.
Walaupun begitu, seseorang yang tidak bermusafir walaupun merentasi jarak yang jauh tidak harus bagi mereka melakukan qasar kerana ia ekslusif hanya bagi mereka yang bermusafir sahaja.
Wallahua’alam
参考文献:
- Al-Quran
- Fikah Luar Negara, Maszlee Malik & Hamidah Mat,2006.
Kehidupan kita di jepun sebagai seorang muslim terutama manusia lelaki, semestinya tidak terlepas dari persoalan solat jumaat. Dalam topic ini terdapat beberapa persoalan yang perlu dibicangkan terutama dalam aspek kepentingannya dan persoalan yang sering timbul tentang solat jumaat ini.
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”-surah al jumu’ah(62:9).
Dengan sepotong ayat dari Allah ini sudah jelas kepada kita menunaikan solat jumaat adalah wajib hukumnya ke atas manusia yang beriman. Bila mendengar azan waktu zohor di hari jumaat, Allah menyeru orang-orang beriman agar segera pergi ke masjid dan ditinggalkan segala urusan untuk sama-sama menunaikan solat jumaat(meningati Allah).
Rasulullah sallallahu-alaihi-wassalam sendiri telah bersabda berhubung kewajiban solat jumaat ini, sabda baginda:
“Solat jumaat adalah benar,wajib keatas semua orang islam dengan berjemaah, kecuali
Empat golongan, hamba sehaya, wanita, anak-anak, dan orang sakit.”
Oleh itu, jelas lagi terang kepada kita tentang hukum solat jumaat ini dan sumber perintah suruhan solat ini datang dari Allah jua. Bukan dari makhluk atau adat orang dahulu kala.
Tapi ada persoalan yang belum terungkai di benak fikiran manusia-manusia lelaki ini tentang apakah perlu solat jumaat ini dilakukan bila berada di Negara matahari terbit ini atau di mana-mana Negara yang jumlah penduduk islam nya sedikit (bukan seperti di Malaysia) , sedangkan telah diasuh dan ditanam fikiran ini dari kecil, syarat sah solat jumaat kena cukup 40org jemaah yang bermustautin di sesuatu tempat itu.
Dalam hal ini para ulama Islam berselisih pendapat mengenainya, namun di sini secara ringkasnya ingin di jelaskan pendapat imam Syafie dan juga mazhab syafie(digunakan seluruhnya di Malaysia):
Mereka mengatakan bilangan yang membolehkan umat islam menunaikan solat jumaat adalah 40org yang bermukim termasuk imam, dengan berteraskan dalil kata-kata Rasulullah dari hadis laporan Jabir bin Abdullah yang direkodkan oleh al-Baihaqi dan al-Daraqutni, “Dan pada setiap 40org diharuskan solat jumaat.”
Hadis ini walaubagaimanapun dikategorikan sebagai dhaif kerana direkodkan melalui pelapor yang bernama Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Pelapor ini disepakati kedhaifanya oleh para ulama hadis kerana dituduh sebagai penipu dan memalsukan hadis.
Apa yang benar dalam hal ini tidak ada jumlah minuman jemaah yang ditetapkan oleh syariat bagi menentukan sah atau tidak solat jumaat itu. Dalam beberapa riwayat yang lain dinyatakan bahawa pernah rasulullah sallallahu-alaihi-wassalam bersama para sahabat menunaikan solat jumaat kurang dari 40org.
Pernah sekali satu rombongan pedagang dari syam tiba di Madinah di kala Nabi sallallahu-alaihi-wassalam sedang memberikan khutbah Jumaat, lalu para jemaah terus keluar menuju kepada rombongan tersebut dan yang tinggal hanya 12 orang sahabat sahaja. Solat Jumaat diteruskan juga dengan 12orang jemaah pada waktu itu tanpa halangan, pembatalan dan di ulang semula oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wassalam.
Sebagai penyelesaiannya, kita kembali kepada dalil ayat al-Quran di awal-awal tadi surah Al Jumu’ah ayat 9 :
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Apa yang tersirat di sebalik ayat ini adalah apabila kamu mendengar azan memanggil solat Jumaat dan bilangan kamu cukup untuk berjemaah, tunaikanlah solat Jumaat. Bilangan bagi berjemaah adalah dua orang yang mukalaf, maknanya apabila cukup bilangan solat berjamaah iaitu dua org perlu menunaikan solat Jumaat.
Pendapat ini juga disokong oleh ulama hadis yang menegaskan tidak terdapat laporan yang sahih menentukan bilangan yang menetapkan bagi membolehkan solat Jumaat di tunaikan.
Perlu diingatkan bahawa solat jJumaat yang sah adalah didahului dengan dua khutbah. Maknanya apabila hanya ada dua orang sahaja yang menunaikan solat Jumaat, perlu ia menuruti tatacara solat Jumaat yang sah, ada khutbah dan ditunaikan sebanyak dua rakaat. Ini jawapan bagi kaum muslimin minority yang hanya ada bilangan yang kecil di kawasan mereka bagi menunaikan solat Jumaat.
Pendapat ini juga didokong oleh kebanyakan ulama pada zaman moden dalam menangani masalah umat Islam yang menetap di Negara bukan islam khususnya jepun, apabila mereka mahu menunaikan solat Jumaat. Antara alasan mereka adalah, solat Jumaat adalah syiar Islam. Di situlah juga tempat bagi umat islam berhimpun dan bertemu setiap minggu bagi mengeratkan ukhuwah. Selain daripada itu bagi mendengarkan khutbah, peringatan dan juga perkembangan terkini umat Islam.
Tidak logik sekiranya taksub dengan pendapat mazhab-mazhab sehingga terpaksa meninggalkan solat Jumaat yang menjadi syiar Islam. Lebih serius lagi, pendapat yang dipegang itu hanyalah pendapat yang bersandarkan hadis lemah dan tidak boleh dibawa berhujah.
Untuk lebih mendalami tentang permasalahan dan detail tentang solat jumaat ini. Rujuklah buku-buku fiqah perbandingan seperti buku fiqh luar Negara oleh Mazlee Malik, buku ensiklopedia fiqh perundangan islam oleh Dr. Wahbah Zuhayli, fiqh sunnah oleh Syed Sabiq dan juga buku-buku fiqh perbandingan yang lain.
waAllahua’lam.
Ke atas


.png)

