Kobe University
Universiti ini merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang tertua dan ternama di Jepun dengan kepadatan pelajar luar negara yang tinggi sehingga mencecah angka 1,000 orang. Dari bilangan tersebut, kini terdapat seramai 20 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini sama ada di peringkat Ijazah atau Master. Di sini, kebanyakan pelajar menuntut di Faculty of Engineering, Faculty of Economics dan Faculty of Intercultural Studies di mana kebanyakannya merupakan tajaan badan-badan di Malaysia dan Jepun seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Monbukagakusho dan lain-lain. Dikenali sebagai “神大” (SHINDAI) iaitu singkatan kepada “神戸大学” (Kobe Daigaku) di kawasan Kansai.
Sejarah Ringkas
- Ditubuhkan pada May 1949 melalui gabungan 5 buah institusi pendidikan yang terdapat di Hyogo prefecture ketika itu.
- Asal penubuhannya adalah dari Kobe University of Economics sebelum namanya ditukar kepada Kobe University setelah pertambahan fakulti selain Ekonomi dibuat.
- Dikenali sebagai tempat lahirnya graduan-graduan Jepun yang hebat dalam bidang ekonomi dan commerce.
- Terletak di bandar kosmopolitan Kobe yang mana merupakan salah sebuah bandar terbesar di Jepun dengan jaringan kemudahan pengangkutan yang tersusun dan moden.
- 7 kumpulan kajiannya dan 5 program pendidikannya telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan, Budaya, Sains dan Teknologi Jepun sebagai “International Centers of Excellence” dan “Good Practices”.
- Melahirkan ramai graduan ternama Jepun, antaranya bekas Perdana Menteri Jepun yang ke-75,Sosuke Uno, peneraju syarikat petroleum(Idemitsu Kosan) kedua terbesar di Jepun,Sazo Idemitsu, Special Adviser kepada syarikat ternama Jepun Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Masahito Takasaki dan bekas CEO kepada pelbagai syarikat Elektronik dan Permotoran terkemuka di Jepun seperti Mitsubishi, Matsushita, Panasonic dan Toyota. Selain itu, turut melahirkan graduan ternama luar Negara seperti Menteri Ekonomi dan Industri Republic Madagascar, Ivohasino Razafimahefa.
- Memiliki 4 kampus, dan kampus utama adalah di Rokkodai yang menggabungkan 9 fakulti dari 11 fakulti keseluruhannya.
- Sejarah yang lebih mendalam boleh didapati di sini.
Kemudahan yang disediakan
- Perpustakaan lengkap dengan bahan bacaan terkini dan ruang belajar yang kondusif- mempunyai 10 buah perpustakaan yang besar dan salah satu darinya adalah perpustakaan utama yang terletak di Fakulti Ekonomi.
- Kemudahan seperti ruang membaca, bilik mesyuarat, penggunaan mesin fotokopi, penggunaan komputer dengan kemudahan teknologi terkini dan bilik media elektronik disediakan untuk keperluan pelajar.
- Buku-buku perpustakaan juga boleh dipinjam melalui kemudahan mesin elektronik yang disediakan.
- Laman web bagi perpustakaan Kobe-U: Klik di sini.
- Selain perpustakaan, kemudahan bilik komputer serta penggunaan printer, atau lebih dikenali sebagai Information Center turut disediakan untuk kegunaan para pelajar sepanjang berada di kawasan universiti.
- Terdapat convenience store 7 Eleven yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti khidmat fotokopi, mesin ATM, mesin tempahan tiket secara on-line, aneka makanan dan minuman, alat tulis dan sebagainya.
- Mesin ATM Mitsui Sumitomo Bank dan Japan Post Office Bank turut disediakan di sini bagi memudahkan para pelajar yang mana sebahagian besar pelajar memiliki akaun dari bank-bank tersebut.
- Terdapat juga mesin automatik yang membolehkan para pelajar membuat “student fee certificate” dan “Academic record” tanpa perlu berhubung dengan pihak universiti. “Student fee certificate” selalunya digunakan oleh para pelajar untuk memperoleh harga yang lebih murah ketika membeli tiket bas, keretapi dan bullet train.
- Travel Center juga menyediakan kemudahan tempahan tiket bas, keretapi, bullet train dan kapal terbang tanpa perlu berhubung terus dengan pihak agency yang menjual tiket.
- Pelajar luar negara yang menghadapi sebarang masalah boleh berhubung dengan pihak International Student Center. Klik sini.
- Kemudahan surau juga memudahkan pelajar muslim untuk menunaikan solat.
Kemudahan Makanan Halal yang boleh didapati di Kobe-U
- Kafeteria di Kobe-U adalah agak mudah untuk dijumpai. Antara kafeteria yang menjadi kunjungan utama warga Kobe-U adalah Kafeteria Fakulti Kejuruteraan.Namun, daging yang digunakan adalah tidak halal dan para pelajar dinasihatkan untuk bertanya kepada mereka yang bertugas di situ, tentang kandungan bagi menu-menu baru yang disediakan terlebih dahulu.
- Convenience store 7 Eleven turut menjadi tumpuan warga Kobe-U kerana kebanyakan kandungan bahan makanan yang dijual disitu pernah ditanya status halalnya oleh sebahagian pelajar Malaysia di sini.
Tarikan
- Di antara kelab-kelab yang popular di Kobe-U adalah badminton, bola keranjang, bola tampar, baseball, tenis, Lacrose, Okestra, Mandolin dan Photograph. Untuk senarai yang lebih lengkap, klik di sini.
- Setiap tahun pihak MSAJKansai iaitu salah sebuah Persatuan Pelajar Malaysia yang terdapat di sini akan menganjurkan pertandingan badminton di kalangan pelajar Malaysia di kawasan Kansai. Pertandingan ini selalunya akan diadakan di gymnasium Kobe University. Selain itu, kebanyakan program MSAJKansai juga diadakan di Kobe terutamanya di Hyogo International House, iaitu tempat penginapan bagi pelajar Malaysia tahun 1 dan 2.
- Kedudukannya yang berada berdekatan Mount Rokko membolehkan pelajar menikmati pemandangan bandar Kobe yang cantik dan menarik sepanjang berada di kawasan universiti.
- Berdekatan dengan Masjid Kobe ( 7 minit menaiki keretapi dan 20 minit jalan kaki) memudahkan pelajar muslim terutamanya yang lelaki untuk menunaikan solat jumaat di masjid.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Kobe-U >> klik sini
Untuk melihat pengembaraan virtual Kobe-U >> klik sini
Gambar Kobe University


.png)

