Iwate University
Universiti ini terletak di bandar Morioka, Iwate di bahagian utara pulau Honshu. Untuk sampai ke Iwate dari Tokyo, memakan masa selama lebih kurang tiga jam menaiki bullet train (shinkansen) dan kira-kira 7 jam menaiki bas atau kereta melalui lebuhraya. Semua pelajar Malaysia di sini adalah di bawah tajaan JPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil jurusan kejuruteraan terutama dalam bidang kejuruteraan kimia atau biokimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan elektronik dan kejuruteraan awam dan persekitaran.
Sejarah Ringkas
- Pada 31 Mei 1949, Universiti Iwate telah ditubuhkan di bawah penggabungan Morioka Agricultural and Forestry College, Morioka Higher Technical School, Iwate Normal School dan Iwate Normal School for Young Men’s School Teachers.
- Universiti Iwate mempunyai 800 orang kakitangan dan 6200 orang pelajar dengan keluasan 14,720,000 kilometer persegi.
- Universiti Iwate juga turut terlibat dalam Projek Pertukaran Pelajar antara Negara China,Thailand,Rusia,Canada dan Amerika.
- Kawasan universiti boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kampus utama dan fakulti kejuruteraan. Namun begitu, kedua-dua kawasan ini terletak berhadapan antara satu sama lain.
Kemudahan yang disediakan
- Terdapat perpustakaan utama yang dilengkapi dengan bahan bacaan terkini yang menjadi rujukan bukan sahaja pelajar universiti sendiri, malah pihak luar seperti pelajar sekolah tinggi yang berhampiran. Perpustakaan ini menyediakan ruang belajar yang selesa.
- Terdapat muzium unik yang menempatkan pelbagai khazanah lama yang berkaitan dengan kajian di Iwate Universiti dan sekitar Iwate.
- Tiga kafeteria utama disediakan bagi memudahkan pelajar untuk menjamu selera yang terletak di Kampus Utama, Fakulti Kejuruteraan, dan Fakulti Sains Pertanian dan setiap cafeteria mempunyai convenience store yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan alat tulis yang diperlukan.
- Tempat membeli tiket bus dan bullet train (shinkansen) yang mesra pengguna yang terletak berhampiran dengan kafeteria utama.
Kemudahan Makanan Halal yang boleh didapati di Iwate-U
- Pelbagai makanan halal boleh di dapati di cafeteria seperti saba misoni (ikan saba bersalut sos), kentang goreng, salad dan dessert.
- Terdapat juga convenience store yang menjual pelbagai jenis makanan halal seperti onigiri (nasi kepal), roti, makanan ringan dan sebagainya.
Tarikan
- Iwate dikenali sebagai negeri utara (Tohoku) di Jepun bersama lima wilayah lain iaitu Aomori, Akita, Miyagi, Yamagata dan Fukushima. Negeri-negeri di kawasan Tohoku ini masih kaya dengan alam semulajadi dan gunung-ganang yang banyak sehingga terkenal dan mempunyai beberapa tempat yang menarik sebagai pusat untuk bermain ski dan snowboard pada musim sejuk.
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar luar Negara pada setiap tahun di Iwate Universiti sentiasa menjadi tumpuan pihak NHK(日本放送協会, Nippon Hōsō Kyōkai atau dikenali dengan nama Japan Broadcasting Corporation. Antaranya ialah Garden Party, Pesta Kampus, Interaksi antara pelajar atau kouryukai, Perayaan Tradisi Jepun seperti tarian sansa dan sebagainya.
- Pelajar dari luar Negara berkesempatan mempelajari pelbagai pengalaman baru seperti tea ceremony, memakai kimono, program home-stay dan sebagainya.
- Pada Januari setiap tahun, pelajar dari luar negara diberi kesempatan untuk menyertai ski tour yang di kendalikan oleh kakitangan dari International Center.
- Setiap tahun pelajar Malaysia di sini akan menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa dan solat tarawikh berjemaah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kampus (Daigakusai), Hanami, BBQ, Pesta Sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar dan boling, Pesta Bunga Api (Hanabi Taikai), sambutan kedatangan junior baru, bersiar-siar di ladang Koiwai, “koyou” (melihat suasana musim luruh di tanah tinggi), kenduri kesyukuran (sempena masuk rumah baru, hari lahir) dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut tentang Iwate-U >> klik sini
Gambar Iwate University


.png)

