amircreative production

August 30, 2009 by admin  
Filed under Video

Build your own custom video playlist at embedr.com

Golden Week 2008 Josei

May 18, 2009 by admin  
Filed under Video

Comments Off

Laporan GWG 2009 Dansei

May 18, 2009 by admin  
Filed under Berita

Gunma, Sabtu 2 Mei 2009 – Program Golden Week Gathering 2009 anjuran Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Isesaki City Youth Training Centre, Gunma Prefecture.

Program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahaim sesama pelajar yang baru tiba ke bumi sakura ini telah disertai oleh para pelajar yang kebanyakannya adalah dari program Ambang Asuhan Jepun(AAJ) dan Japanese Associate Degree (JAD).

Peserta untuk program kali ini adalah seramai 60 orang lelaki dan disebabkan masalah jarak perjalanan yang jauh untuk ke destinasi, pihak penganjur telah menyediakan tempat bermalam di Masjid Muhamadiah iaitu pada 1 Mei yang bertempat di bandar Isesaki.

Keesokan harinya selepas solat subuh dan bersarapan, para peserta bergerak menuju ke Isesaki Youth Trainig Centre untuk mendaftar.

Setelah mendaftar dan sedikit taklimat, program kali ini dimulakan dengan Ice Breaking yang diketuai oleh saudara Muhammad Syahid Bin Chek Khairil Anwar. Saudara Shahid telah meminta setiap peserta untuk mengulang nama, kegemaran dan gaya peserta-peserta lain dengan tujuan untuk lebih kenal-mengenal dengan tujuan untuk megukuhkan silaturahim.

Pada sebelah petangnya pula, permainan indoor dan outdoor berlangsung yang diketuai oleh saudara Azrul Yazrin Bin Mhd Yasim. Untuk permainan indoor, peserta yang baru berkenalan dikehendaki untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diuji dengan soalan-soalan yang berbentuk IQ dan logik. Tidak cukup setakat itu, persefahaman dan kerjasama juga penting untuk memastikan setiap kumpulan berjaya dalam setiap permainan. Ketiadaan persefahaman dan idea yang bernas memungkinkan satu-satu kumpulan itu kalah adalah tinggi.

Untuk permainan outdoor pula, kerjasama dan persefahaman juga perlu akan tetapi lebih berbentuk fizikal di mana, peserta perlu untuk berlari dan kejar mengejar demi untuk memastikan setiap kumpulan untuk menang.

Pada sebelah malamnya, setelah letih bermain, peserta dibenarkan untuk mandi di kolah air panas dan tiada acara pada waktu itu kerana pihak urusetia mahu peserta untuk tidur awal untuk bersedia pada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya iaitu selepas menunaikan waktu subuh, Saudara Amir Syahir bin Amir Hamzah yang merupakan Presedin kepada persatuan Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) telah menyampaikan sedikit kata-kata semangat dan motivasi untuk para peserta yang secara tidak langsung menaikkan semangat para peserta dan sedikit sebanyak menigkatkan tahap pemahaman peserta terhadap Islam.

Kemudian permainan yang meminta para peserta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental telah diadakan sekali lagi. Sekali lagi peserta pertu untuk bekerjasama untuk memastikan kumpulan mereka terus menang, kerana apa yang penting pada kali ini adalah kerjasama.

Kemudian tibalah acara kemuncak untuk program Golden Week Gathering kali ini iaitu perkongsian dari tiga orang senior tentang cara hidup dan pengalaman mereka di Jepun. Ternyata pengalaman mereka yang banyak telah membantu sedikit sebanyak peserta-peserta yang rata-rata baru tiba di Jepun. Juga bimbingan tiga orang senior ini mengenai cara-cara menunaikan kewajipan sepaerti solat di mana-mana sahaja dan solat jumaat yang tidak memerlukan empat puluh jemaat ternyata membantu peserta yang baru tiba.

Program kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Golden Week 2009

May 18, 2009 by admin  
Filed under Berita

Info lanjut sila lawat url di bawah:
http://gwg-vi-amir.blogspot.com

Info lanjut sila lawat url di bawah:
http://gwg09.amirnet.org

Golden Week 2008

May 18, 2009 by admin  
Filed under Video

Comments Off