Snowboard AMIR 2009

January 6, 2010 by admin  
Filed under Berita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w utusan Allah yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar, jalan menuju keredhaan Allah s.w.t.

Alhamdulillah pada 24-26 Disember 2009, program Snowboard 2009 yang bertempat di Iwatake Hakuba, Nagano telah berjalan dengan lancarnya. Peserta seramai 27 orang, terdiri daripada 2 kumpulan yang bertolak pada waktu yang berlainan. Kumpulan pertama terdiri daripada 12 orang, bertolak dari Shinjuku pada malam 23 Disember. Kumpulan kedua terdiri daripada 17 orang bertolak dari Shinjuku dan Nanba(Kansai). Selain daripada pelajar JAD, pelajar dari Iwate University seramai 3 orang turut hadir untuk menjadi jurulatih.

Selain memantapkan fizikal, hubungan silaturrahim antara peserta turut terjalin, terutamanya antara pelajar Iwate dan JAD. Bagi pencapaian peserta dalam snowboard, boleh dikatakan para peserta sangat cepat belajar menguasai sukan ini. Boleh dikatakan semua asas snowboard, contohnya falling-leaf, garlands, slideslipping, traversing, Linking-Turns(s-movement) telah dikuasai dengan baiknya. Pencapaian ini adalah disebabkan usaha yang bersungguh dari para peserta, jurulatih yang baik serta daya saing yang sihat antara peserta.

Kejayaan diiringi dengan usaha yang kuat. Dalam usaha yang kuat itu, jatuh semasa bermain snowboard adalah perkara yang biasa. Bangun pagi pada keesokan harinya dengan sakit-sakit badan,juga antara salah satu kenangan yang tak mungkin dilupakan oleh para peserta. Alhamdulliah kerana tiada kecederaan berat yang dialami oleh para peserta.Bagi peserta lelaki, aktiviti lasak seperti ini merapatkan hubungan silaturrahim berbanding daripada aktiviti lain, sesuai dengan fitrah mereka.

Antara perkara yang boleh diperbaiki dalam program ini ialah promosi program serta masa pendaftaran. Jika masa pendaftaran boleh dipanjangkan, lebih banyak peserta akan menyertai program ini. Promosi program haruslah lebih lengkap, untuk membuatkan peserta jelas dengan program yang akan mereka sertai.

Antara perkara yang menarik sepanjang perjalanan program ialah ketepatan masa para peserta. Para peserta bergerak tepat malah lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Ini mungkin kerana kegigihan serta semangat para peserta yang berkobar-kobar. Memang sukan snowboard sesuai dengan jiwa para peserta lelaki yang  ingin mencabar, dan suka mencuba. Walaupun badan sakit, tetapi pengalaman yang dialami oleh para peserta tak mungkin dapat dilupakan. Mudah-mudahan program seperti mendapat keberkatanNya. Semoga berjumpa lagi di program akan datang, insyaAllah.

Sekian.

amircreative production

August 30, 2009 by admin  
Filed under Video

Build your own custom video playlist at embedr.com

Sukan AMIR 2009

August 2, 2009 by admin  
Filed under Berita

Hirastuka-shi, Kanagawa-keni: 21 Jun, seramai 30 orang peserta dari seluruh kawasan kantou berkumpul di Padang Futsal Hiratsuka-shi pada pukul 12:00 tengah hari bagi menyertai acara futsal “Sukan AMIR 2009”. Bertemakan “Bersukan Memupuk Ukhuwwah”, mereka yang rata-rata yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang hadir dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah sedia terjalin.

Sesi permainan futsal di mulakan dengan senaman pemanas badan dan doa oleh para peserta. Seterusnya pembahagian kumpulan di jalankan secara spontan oleh pihak penganjur agar setiap kumpulan mempunyai senior dan junior. Empat kumpulan dapat dibahagikan mengikut nama Group A, B, C dan D, tepat jam 1:00 petang permainan bermula dan rata-rata peserta mula mempamerkan aksi dan skill masing-masing dalam permainan futsal ini.

Berakhirnya enam belas games perlawanan antara empat kumpulan ini, tepat jam 3:00 petang permaianan ditamatkan dengan Group B menjuarai permaianan futsal buat kali ini. Selepas berehat dan ada peserta yang lunch pada waktu itu, sesi selepas itu ialah ucapan penutup oleh presiden AMIR Amir Syahir B. Amir Hamzah yang mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Katanya juga, kesihatan adalah perkara asas dalam kita membangunkan diri untuk menjadi hamba Allah yang taat, beliau juga menyeru supaya rakan-rakan yang berada di Jepun khasnya supaya sentiasa bersukan bagi memastikan kesihatan diri terus terjaga. Selepas ucapan penutup, beliau telah menyampaikan hadiah kepada para peserta yang sabar menunggu sampai ke akhir acara.

sukanAMIR

Tepat pukul 4:30 petang, semua peserta bersurai ke tempat masing-masing dengan membawa kenangan ukhuwwah bersukan bersama-sama teman-taman di Jepun. Akhirnya, semoga “Sukan ” seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diharap peserta dari seluruh Jepun akan dapat menyertainya.