Itu Bukan Tugas Aku
January 25, 2010 by admin
Filed under Artikel Pilihan
Saban hari kita berkerja, dan kadangkala kita tidak mahu untuk melakukan perkara yang bukan dan diluar bidang tugas kerja kita. Tetapi sebelum itu kita perlu untuk mengetahui akan apa itu kerja.
Sejak tukang kebun Datuk Halim berhenti kerja, halaman rumah Datuk Halim semakin tidak terjaga kerana terlalu banyak semak dan pokok-pokok yang mati akibat tidak terjaga. Justeru Pak Halim berikhtiar untuk mencari tukang kerja yang baru bagi menggantikan pekerja yang telah berhenti.
Setelah sekian lama tercari-cari, akhirnya Datuk Halim telah terjumpa dengan Pak Samad. Pak Samad mampu melakukan kerja yang hampir sama dengan bekas pekerja Datuk Halim yang lama.
Disebabkan halaman rumah yang semakin tidak terurus dan semakin tidak terjaga, Datuk Halim terus melantik Pak Samad untuk membantunya dalam urusan perkebunan. Bukan itu sahaja, Datuk Halim juga meminta Pak Samad untuk melakukan tugas-tugas lain dengan tambahan gaji yang lumayan.
Selain daripada menjadi tukang kebun, Pak Samad juga diminta oleh Datuk Halim dalam urusannya yang lain.
“Saya akan bagi Pak Samad sebanyak RM2800 setiap bulan jika Pak Samad sanggup melakukan tugas-tugas yang lain.” Kata Datuk Halim
“Wah, banyak itu untuk seorang tukang kebun, apa lagi tugas-tugas lain yang perlu saya lakukan Datuk?”Jawab Pak Samad.
Kemudian Datuk Halim memperincikan tugas-tugas Pak Samad
“Baiklah, saya minta Pak Samad untuk membantu saya selain daripada menjaga pokok, saya minta Pak Samad untuk hantar Anak saya ke sekolah. Kemudian ambil semula anak saya dari sekolah. Kemudian bagi ikan makan untuk setiap pagi dan petang dan terakhir minta untuk hantarkan Datin Aminah ke pasar untuk membeli makanan setiap hari, kesemua 5 tugas untuk Pak Samad. Boleh Pak Samad lakukan?”
“5 itu sahajakan, insyaallah boleh saya lakukan” Jawab Pak Samad dengan ceria setelah mendengar upah yang lumayan.
Hari demi hari, Pak Samad semakin ceria setelah mendapat gaji yang berbaloi dengan tugasnya membantu Datuk Halim. Datuk Halim pula sering tersenyum puas apabila melihat halaman rumahnya yang kembali ceria setelah Pak Samad menguruskannya.
“Tak sia-sia aku mengupah Pak Samad untuk menguruskan kebun aku, bukan sahaja kebun, malah perkara-perkara lain juga terjaga” bisik Datuk Halim dalam hati.
Pada suatu hari, sedang Pak Samad tekun menyiram pokok bunga dan mencabut rumput di halaman rumah Datuk Halim, tiba-tiba Pak Samad terlihat anak Datuk Halim yang paling kecil menuju ke kolam ikan.
“Suka betul budak ni dengan ikan”bisik Pak Samad dalam hati.
Tak lama selepas itu, anak Datuk Halim tergelincir dan jatuh ke dalam kolam. Pak Samad terus dengan tugasnya mencabut rumput dan berlalu pergi ke tempat lain.
Kemudian Datuk Halim pulang dari kerjanya dan tercari-cari anak bungsunya yang selalu menunggunya ketika pulang. Kemudian alangkah terkejutnya Datuk Halim apabila melihat yang anak bungsunya telah mati lemas di dalam kolam ikan.
“Pak Samad! Macam mana anak saya boleh lemas, takkan Pak Samad tidak nampak anak saya lemas, kenapa tidak diselamatkan?” Datuk Halim melepaskan kemarahan kepada Pak Samad.
“Owh, sebab rasanya selamatkan anak Datuk bukan dalam list tugas saya, jadi Datuk tidak boleh salahkan saya sebab Itu Bukan Tugas Saya”.
…………………………………………….
Ya, itu bukan tugas saya, ataupun itu bukan tugas aku.
Nanti apabila tiba masanya Allah akan bertanya, kenapa umat Islam ditindas dan dihina? Kemudian bolehlah cakap yang itu tidak terdapat dalam senarai 5 tugas aku. Apa tugasnya;
1) Mengucap 2 kalimah Syahadah
2) Solat 5 waktu
3) Berpuasa dibulan Ramadhan
4) Membayar zakat
5) Pergi Haji ke Mekah
Fikir-fikirkan.





.png)

