Puisi Untuk Murobbi – Aspiring Malaysian Rijal

Puisi Untuk Murobbi

 

Di matanya ada cahaya

Menerobos jendela hati

Mendidik hikmah

Mengajarkan kalimah

 

Tuturnya membenarkan

Kewujudan satu Tuhan

Sujudnya mengiyakan

Hakikat sebuah kehambaan

 

Dia insan biasa

Dengan hamasah penuh di dada

Pesannya padaku tanpa henti

Menanamkan Addin dalam diri

Agar dewasaku punya erti

Membina ummah hari ini

 

Katanya lagi

Harus kubuang batu kebatilan

Pada sungai-sungai amalan

Agar arus tarbiyyah itu

Bisa terus mengalir laju

 

Jika hayat itu sifatnya sehari

Maka dia sudah senja

Padaku yang terang siang

Katanya berkerjalah, bergeraklah

Kerana hidup satu pinjaman

Sampai masa harus dipulangkan

 

Akhirnya dia menjengah malam

Matanya rapat terpejam

Namun doaku tidakkan padam

Untuk dia Murobbiku.

 

 

8 Mei 2014 | 11.09 pagi

Leave a Reply