Malulah Seperti Anak Gadis Syuaib – Aspiring Malaysian Rijal

Malulah Seperti Anak Gadis Syuaib

Bagi adikk-adik onna yang bakal tiba di Jepun, cabaran berhubungan dengan bukan muhrim adalah sangat-sangat mencabar.

Hanya iman yang kental dan ukhuwwah yang sejati, dapat membina jati diri memelihara rasa malu.

Dalam mengadapi cabaran-cabaran di bumi matahari terbit ini, berbagai persoalan akan timbul berkaitan tatacara hubungan antara lelaki dan wanita.

 

“Macam mana nak control cara cakap dengan nihonjin otoko?”

“Macam mana nak balas mesej diorang?”

“Nanti ada aktiviti-aktiviti budak-budak Malaysia campur lelaki perempuan camne?”

“Bukan pegang-pegang pun, borak je!”

“Be realistic lah dan takyah rigid sangat ”

“Tak cakap, nanti orang kata sombong..”

 

Sungguh kemuliaan wanita itu pada rasa malu. Akan ada pertentangan dalam diri, antara takut dikata kolot dan rigid serta tuntutan memelihara diri ini.

 

Demikian contoh Allah berikan dalam Al Quran, ketika mengisahkan salah seorang puteri Nabi Syuaib as yang datang memanggil Nabi Musa as.

 

Kemudian datanglah kepadanya (Musa) salah seorang daripada kedua wanita itu, berjalan dengan malu-malu, dia berkata: “Sesungguhnya bapaku menjemput engkau supaya dia memberikan  engkau upah terhadap (jasa) engkau memberi minum (ternakan) kami.” Maka tatkala dia (Musa) datang kepadanya (orang tua, iaitu bapa wanita itu), dan menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), maka (orang tua itu) berkata: “Janganlah engkau takut. Engkau telah selamat daripada orang yang zalim itu.”

 

Puteri tersebut berjalan kerana perintah dari ayahandanya, dan ketika dia bertemu dengan lelaki lain, dia berjalan dengan rasa malu, sebagaimana layaknya seorang gadis berjalan dengan penuh “iffah” (kesucian), dan jauh dari usaha untuk menarik perhatian orang lain.

Walaupun ia diselimuti perasaan malu, namun dia tetap menguasai diri dan menyampaikan apa yang patut disampaikan dengan jelas. Inilah rasa malu yang bersumber dari fitrah yang suci.

 

Seorang “puteri” yang anggun dan memelihara dirinya, secara fitrah akan merasa malu ketika bertemu dan berbicara dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), namun kerana kesucian dan keistiqomahannya, dia tidak gugup, dan dia berbicara dengan jelas dan sebatas keperluan.

“Puteri” juga tidak akan merendahkan martabatnya dengan berbual kosong dengan bukan mahram dan bercanda dengan sesiapa sahaja.

 

Nah, adik-adik adalah puteri itu.

 

Adapun, apabila kita gemar berhias kerana ingin dilihat cantik di mata orang lain, bahkan bercampur baur dengan laki-laki yang bukan mahram tanpa ada keperluan yang  dibolehkan syar’ie, maka ini bukan dari didikan Al Quran atau Islam.

 

Buah Malu

 

Rasa malu akan membuahkan `iffah (kesucian diri). Barangsiapa yang memiliki rasa malu, hingga sanggup menahan diri dari melakukan perkara buruk, maka dia telah benar-benar memelihara dirinya.

 

Ancaman Nabi

 

“Setiap umatku akan dimaafkan, kecuali orang yang melakukan kemaksiatan dengan terang-terangan”

 

Lawan kepada sifat malu adalah waqahah (tiada rasa malu). Sifat ini mendorong kita untuk tanpa segan silu bergelak ketawa, bergurau senda dengan yang bukan muhrim. Apatah lagi apabila membuat perkara haram seperti mengucapkan ucapan tidak baik, ucapan berbaur nafsu, lawak lucah dan berpegangan tangan secara terang-terangan. . Dan apabila kita terang-terangan membuat perkara yang tercela, maka kita akan jauh dari keampunan Allah SWT.

 

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah :  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka

(Riwayat Bukhari)

 

Nabi mengancam bahawa jika tiada sifat malu, buatlah sesuka hati kita, dan tunggulah azab Allah SWT.

 

Tinggalkan Kerana Allah

 

Nanti akan ada yuki (salji), nak tengok koyo (daun luruh), nak jalan-jalan masuk Disneyworld. Persoalannya, ialah apabila nak pergi itu pergi bersama-sama dengan lelaki bukan mahram. Kemudian nak bergambar ramai-ramai sebagai kenangan.

“Ini lah peluang nak rasa, kat Malaysia bukan ada”

Sebaiknya, berjalan dan bermusafirlah sambil menjaga maruah dan kemuliaan diri. Minta bantuan akak-akak senpai yang solehah dan dipercayai untuk bawakan. Atau akak senpai yang sudah bersuami, jadi suaminya boleh jadi pemandu.

Percayalah, keinginan jiwa yang kuat itu, kita cuba selarikan dengan kehendak Islam. Bukan Islam itu diselarikan dengan kehendak kita.

Dan percayalah, Allah menyediakan bagi mereka yang mampu untuk meninggalkan perkara yang haram dengan perkara yang lebih baik.

Ganti yang paling utama adalah kebahagiaan bersama Allah, kecintaan, dan ketenangan hati tatkala mengingat Nya. Selain itu, Allah pun akan mengganti dengan bertambahnya kekuatan, semangat, dan harapan yang tinggi akan keredhaan kepada-Nya saja.

Sabda Nabi SAW

“Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena Allah ‘azza wa jalla, melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.”

 

 

 

*Opposite Sex Interactions – Nouman Ali Khan – Quran Weekly

https://www.youtube.com/watch?v=bkBRWS8kQnM&list=TLLacl7fH6r9nOfTFSiAy9bLLlAGZtX8EZ

Leave a Reply