Laporan Program – Aspiring Malaysian Rijal

Laporan Program

Laporan Program “Palestin, Aku Peduli!”

Laporan Program “Palestin, Aku Peduli!”

Aktiviti, Laporan Program
Pada 29 dan 30 Jun 2013 yang lalu, Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad telah mengadakan satu program yang dinamakan “Palestin, Aku Peduli!”. Program tersebut telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza iaitu di Fukuoka pada 29 Jun dan di Okayama pada keesokan harinya. Program bertemakan Palestin seperti ini bukannya julung kali diadakan di bumi sakura ini malah sekiranya masih diingat AMIR pada November 2010 telah membawakan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad pada masa itu iaitu Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai misi kemanusiaan LL4G (Lifeline for Gaza) yang pada masa itu mendapat perhatian dunia setelah kapal yang membawa bekalan ubat-ubatan dan keperluan asas dan disertai aktivis-aktivis dari seluruh dunia telah dise

BOS 北陸 (IKHWAH)

Aktiviti, Laporan Program
Tanggal 03 Mei 2013, bermulanya cuti “minggu emas” bagi seluruh Negara Jepun. Di kesempatan ini rakyat jelata negara matahari terbit ini berpusu-pusu keluar daripada tempat kediaman masing-masing. Ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang bercuti-cuti bersama keluarga, ada yang hanya berpeleseran membuang masa tanpa tujuan dan sebagainya. Yang berada di kawasan-kawasan bandaraya seperti Tokyo, Osaka, mereka memanfaatkan peluang ini untuk lari sebentar daripada kesibukan bandaraya yang didiami selama itu. Itu cerita mereka, “nihonjin” ataupun orang Jepun. Ini pula kisah kami, di sini, di bumi Hokuriku. Turut sama tidak mahu melepaskan peluang keemasan pada “minggu emas” tersebut, kami telah menganjurkan suatu pertemuan, hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.  Di sinilah

Yokoso Nippon 2013

Berita Terkini, Laporan Program
“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan” Begitulah setiap tahun yang menjadi kebiasaan bagi AMIR menyambut kedatangan para kouhai (junior) yang baru menjejakkan kaki di bumi sakura. Di bawah program “Yokoso Nippon” yang bermaksud “Selamat Datang ke Jepun”, AMIR telah menghantar beberapa orang wakil untuk menjemput para pelajar yang baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa program yang terlibat menghantar pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. Antaranya ialah Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Institut Bahasa Teikyou(IBT), Japanese Associate Degree(JAD) dan Kolej Teknikal Jepun (KTJ). Pada tahun ini terdapat 222 orang pelajar dari semua program dan dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut penaja masing-mas

Pre-Departure 2013 (Sora wo Hirakou)

Berita Terkini, Laporan Program
Pada 23 dan 24 Februari yang lalu, AMIR telah mengadakan satu program persediaan untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Jepun pada Mac nanti.   Program ini telah diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kehidupan yang bakal ditempuhi di Jepun, terutamanya berkenaan tatacara kehidupan seorang muslim di negara yang majoritinya tidak beragama Islam. Seawal jam 11.00 pagi, para peserta telah mula berkumpul di tempat yang ditetapkan iatu di Kem Nur Sg. Merab , Kajang, Selangor. Akhirnya, seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kolej persediaan (AAJ, IBT, JAD dan KTJ) telah berjaya berkumpul. Seusai  pendaftaran peserta, bermulalah aktiviti yang berkonsepkan suai kenal yang dikenali sebagai “Unlock Ukhuwah”.  Aktiviti ini diadakan bagi m
Laporan Program Solat Hajat Perdana kawasan Kansai 2012

Laporan Program Solat Hajat Perdana kawasan Kansai 2012

Aktiviti, Laporan Program
  Pada jam 7.30 malam para peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Ubaidah @ Afiq bin Md. Idros, wakil AMIR kawasan Kansai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat maghrib. Seusai solat sunat hajat, para hadirin dihidangkan dengan tazkirah pendek yang disampaikan oleh saudara Akmal. Bertepatan dengan objektif program solat hajat kali ini, beliau mengingatkan para hadirin mengenai konsep tawakal kepada Allah SWT seperti dalam firman-Nya dalam surah at-Talaq ayat 2-3. "...Barang siapa yang bertawakal kepada Allah tentu diadakanNya jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari pintu yang tidak diduga-duga olehnya. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Tuhan akan mencukup...