Minda Presiden – Aspiring Malaysian Rijal

Minda Presiden

Jawatankuasa Majlis Tertinggi AMIR bagi sesi 2017/2018.

Jawatankuasa Majlis Tertinggi AMIR bagi sesi 2017/2018.

AMIR, Minda Presiden
    Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt, Dengan rendah hati, AMIR ingin memperkenalkan jawatankuasa Majlis Tertinggi AMIR bagi sesi 2017/2018. Moga ahli jawatankuasa AMIR dapat menggalas amanah yang diberikan sebaiknya,serta dapat membantu para pelajar khususnya di Jepun. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi AMIR sesi 2016/2017 atas jasa yang dicurahkan pada sesi lepas. Jazakumullahu khairan katsira إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (٧) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (٨ " Sungguh,orang-orang yang ber
Kalam perutusan Presiden AMIR sempena Ramadhan 1436H

Kalam perutusan Presiden AMIR sempena Ramadhan 1436H

AMIR, Artikel, Artikel pilihan, Minda Presiden
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah... Subhanallah, maka nikmat mana lagikah yang ingin kita dustakan?Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam yang menyampaikan kita sekali lagi ke bulan Ramadhan.  "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."[al-Baqarah, 3:183] Maka inilah kalamullah yang kita ulangkali mentadabbur maknanya, lebih-lebih lagi saat sinar Ramadhan menjelma. Rugilah kita seandainya, ibadah puasa yang diwajibkan ini hanya menjadi ritual fizikal semata-mata. Sedangkan makna atau intipati ibadah puasa ini agar ia menumbuhkan ketaqwaan di jiwa.Ramadhan adalah madrasah untuk mentarbiyyah (mendidik) diri kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Ramadhan adalah bulan yang mulia, di
Perutusan Presiden AMIR sempena Aidiladha 2014/1435H

Perutusan Presiden AMIR sempena Aidiladha 2014/1435H

AMIR, Minda Presiden
Assalamualaikum w.b.t, Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih mempertemukan kita dengan Aidiladha kali ini. Mungkin saja ini Aidiladha terakhir kita. Bagi yang diberi kesempatan berpuasa pada 9 Zulhijjah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Hari Raya Aidiladha merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh umat Islam, baik yang sedang menunaikan rukun Islam kelima atau yang belum berkesempatan menunaikannya. Saya ingin mengajak anda untuk kita sama-sama menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang tercatat dalam surah As-Saaffaat ayat 100 hingga110. Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha begitu sinonim dengan nilai pengorbanan. kita sering diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim, kesabaran anaknya Nab...
Perutusan Presiden AMIR sempena Syawal 1435H

Perutusan Presiden AMIR sempena Syawal 1435H

Minda Presiden
Assalamualaikum w.b.t Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t, Rabb sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang dianugerahkan kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala noda dan dosa atas segala kelemahan diri kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w, utusan terakhir, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ramadhan 1435 Hijrah telah pergi meninggalkan kita. 1 Syawal pula menjelma. Kita meninggalkan madrasah Ramadhan kali ini dengan rasa yang sayu dan hiba kerana kita tidak pasti adakah kita akan dipertemukan dengannya lagi pada masa akan datang. Saud...
Perutusan Presiden AMIR sempena Ramadan 1435H

Perutusan Presiden AMIR sempena Ramadan 1435H

AMIR, Dakwah dan Tarbiyah, Minda Presiden
Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, tidak lama lagi, 1 Ramadan 1435 Hijrah bakal menjelma. Sekali lagi, Allah Azza wajalla mungkin memberikan kita peluang untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Ramadan. Allah subhanahuwa taa’la Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menghadiahkan kita bulan Ramadan ini. Di dalamnya terkandung begitu banyak kelebihan di mana salah satunya, ketika bulan inilah Al-Quran diturunkan. Firman Allah yang bermaksud: “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang be