Artikel – Aspiring Malaysian Rijal

Artikel

Tragedi Gempa di Aceh

Tragedi Gempa di Aceh

AMIR, AMIR Care, Berita Terkini, Global, Ummah
ACEH: Kelmarin sekitar jam 5 pagi waktu tempatan, Aceh dikejutkan dengan gegaran gempa bumi berukuran 6.4 skala richter berpusat 120km di tenggara Banda Aceh. Wilayah Pidiejaya dilaporkan paling teruk terkesan setakat ini dengan jumlah korban mencecah 52 orang. Lebih 100 struktur bangunan dilaporkan musnah termasuk 15 buah rumah, 5 buah masjid, sekolah,kedai dan stesen minyak. Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di Aceh memerlukan bantuan ubatan dan doktor pakar bagi merawat ratusan mangsa gempa bumi yang cedera. Lebih daripada 310 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi pada magnitud 6.5 skala Ricther menggegar Pidie Jaya, Aceh kelmarin mengorbankan lebih 100 nyawa dengan kerosakan harta benda. "Gegaran susulan masi...
Engkau Boleh!

Engkau Boleh!

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah
Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini. http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f Dalam Islam juga, terdapat hukum seperti ini. Hukum Tarikan. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu yang hendak kita peroleh, insyaAllah, kita akan memperolehinya, berkat keyakinan kita. Tentu sekali keyakinan kita pada Allah SWT Yang Maha Men
[Puisi] Kudup Bunga di Kebun Syahid

[Puisi] Kudup Bunga di Kebun Syahid

Karya Kreatif, Puisi
sahabat, setiap kali bertemu meraih salam dari dakapanmu jiwa kita seperti selirat akar yang bertaut di dalam tanah perlahan-lahan menjalar ke ranting ukhuwah. tentu kau tahu, akar ini - dari benih iman ia berkecambah saban waktu dibajai tarbiyah disiram tadhiyah begitulah kita menanamnya dengan ikhlas dan faham. sahabat, seperti daun-daun amal ini jihad kita semakin menghijau di ranting, segugus tajarrud menjadi putih lalu kita memetiknya dengan penuh ketaatan. tentu kau juga tahu, angin ujian begitu hebat menerpa - semoga kita terus tsabat, berjuang sama menongkah getir cuaca hingga segala yang kita impi menjadi seladang bunga buat para mujahid atau akhirnya sahabatku ... kita menjadi kudup bunga yang gugur di kebun syahid. -MA- Jalan Kebun, Shah ...
Kisah sekuntum bunga

Kisah sekuntum bunga

Artikel, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah, Uncategorized
Sejak dari kecil, aku seringkali melihat rutin harian arwah ibuku. Minatnya pada bunga membuatkan laman rumahku dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, tidak ubah seperti taman bunga yang penuh dengan bunga yang mekar dan mewangi. Saban hari arwah ibu akan menyiram dan memeriksa agar bunga-bunga kesayangannya tidak dirosakkan oleh serangga-serangga perosak. Adakalanya arwah ibu kesedihan tatkala melihat ada bunganya yang kelayuan atau rosak dimakan serangga. Namun dibajai dengan baja yang secukupnya dan dijaga dengan penuh kasih sayang, membuatkan bunga yang kelayuan dan rosak tadi kembali mekar dan mewangi semula. Semakin aku menginjak usia, aku cuba fahami dan cuba untuk melihat salah satu rutin harian arwah ibuku ini daripada satu sudut yang berlainan. Sesuatu yang aku pelajari dan...