Artikel pilihan – Aspiring Malaysian Rijal

Artikel pilihan

Engkau Boleh!

Engkau Boleh!

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah
Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini. http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f Dalam Islam juga, terdapat hukum seperti ini. Hukum Tarikan. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu yang hendak kita peroleh, insyaAllah, kita akan memperolehinya, berkat keyakinan kita. Tentu sekali keyakinan kita pada Allah SWT Yang Maha Men
Kalam perutusan Presiden AMIR sempena Ramadhan 1436H

Kalam perutusan Presiden AMIR sempena Ramadhan 1436H

AMIR, Artikel, Artikel pilihan, Minda Presiden
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah... Subhanallah, maka nikmat mana lagikah yang ingin kita dustakan?Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam yang menyampaikan kita sekali lagi ke bulan Ramadhan.  "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."[al-Baqarah, 3:183] Maka inilah kalamullah yang kita ulangkali mentadabbur maknanya, lebih-lebih lagi saat sinar Ramadhan menjelma. Rugilah kita seandainya, ibadah puasa yang diwajibkan ini hanya menjadi ritual fizikal semata-mata. Sedangkan makna atau intipati ibadah puasa ini agar ia menumbuhkan ketaqwaan di jiwa.Ramadhan adalah madrasah untuk mentarbiyyah (mendidik) diri kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Ramadhan adalah bulan yang mulia, di
Bingkisan Dari Bumi Sakura

Bingkisan Dari Bumi Sakura

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah
Lagi beberapa hari bumi Sakura akan diserikan dengan kedatangan kouhai-kouhai yang bakal melanjutkan pelajaran di sini. Macam mana dengan persiapan nak fly? Saya pasti ramai yang sudah mendapatkan tips persedian daripada senpai-senpai. Barang semua dah siap packing. Kalau flight diawalkan pun mesti dah siap siaga nak datang kan? Oops. Mungkin ada lagi persedian yang kita tak buat.  Teringat saya sewaktu kali pertama nak menjejak kaki di Jepun. Tahun saya fly adalah tahun gempa bumi besar melanda Jepun. Akibatnya flight kami ditunda sedikit lewat. Walhal keluarga sudah menempah tiket penerbangan untuk menghantar saya di KLIA. Maklumlah duduk Malaysia Timur. Akhirnya kami menghabiskan masa bercuti di Kuala Lumpur. Pada hari penerbangan, semua orang bersama keluarga masing-masing. S
Puisi Untuk Murobbi

Puisi Untuk Murobbi

Artikel pilihan, Karya Kreatif, Puisi
  Di matanya ada cahaya Menerobos jendela hati Mendidik hikmah Mengajarkan kalimah   Tuturnya membenarkan Kewujudan satu Tuhan Sujudnya mengiyakan Hakikat sebuah kehambaan   Dia insan biasa Dengan hamasah penuh di dada Pesannya padaku tanpa henti Menanamkan Addin dalam diri Agar dewasaku punya erti Membina ummah hari ini   Katanya lagi Harus kubuang batu kebatilan Pada sungai-sungai amalan Agar arus tarbiyyah itu Bisa terus mengalir laju   Jika hayat itu sifatnya sehari Maka dia sudah senja Padaku yang terang siang Katanya berkerjalah, bergeraklah Kerana hidup satu pinjaman Sampai masa harus dipulangkan   Akhirnya dia menjengah malam Matanya rapat terpejam Namu...