Cerpen – Aspiring Malaysian Rijal

Cerpen

Langit Merdeka

Langit Merdeka

Cerpen, Karya Kreatif
“Kau mahu bebas merdeka, Man?” tanya Zafril memecah kesunyian di halaman rumahnya. Syahman senyap dengan pertanyaan sahabat baiknya. Di benak hati Syahman bukan jawapan mahu atau tidak, tapi dia menunggu penjelasan sahabatnya bagaimana mahu berjiwa bebas. Pertanyaan itu bukan tiba-tiba. Tapi pertanyaan yang tercetus setelah dia bercerita perbualannya dengan ayah dan kakaknya tempoh hari. ... “Yah, nenek... setiap kali kita balik kampung, mesti cerita pasal zaman penjajahan, kan? Dah ingat dah semua jalan cerita nenek. ” Syahman sengaja mengajak ayahnya yang sedang memandu di sebelah berbual. Ayahnya yang tadi kelihatan mengantuk kembali segar. Dari kampung nenek ke rumah mereka memakan masa enam jam perjalanan. Tapi musim perayaan sebegini paling tidak tujuh jam juga jauhnya. “Memang
Destinasi

Destinasi

Artikel, Artikel pilihan, Cerpen, Karya Kreatif
  Lapangan terbang sudah menjadi seperti tempat permainanku. Mataku sudah bosan melihat pekerja-pekerja dengan baju warna merah dan hitam mereka; sibuk dengan tugasan masing-masing. Masuk kali ini sudah lima kali aku menaiki pesawat dalam masa sebulan. Sedari muda, memang sudah terbiasa menaiki pesawat, maka tiada jet lag bagiku. Begitu juga perasaanku kini. Aku sudah terbiasa; biar tiada berteman, tapi tiada sunyi. Demi untuk menuntut ilmu, biar jauh, biar terpaksa berseorangan. Aku lebih senang menatap pemandangan langit yang dihiasi awan biru dari jendela besar lapangan terbang ini. Walaupun hakikatnya di lapangan terbang ini ramai manusia yang teruja untuk ke destinasi masing-masing, suasana itu tidak mengganggu sunyiku bersama Tuhan. Aku lebih senang bermonolog dengan N...
[Karya 3R] Cahaya Itu Infiniti

[Karya 3R] Cahaya Itu Infiniti

Artikel, Cerpen, Karya Kreatif
"Maka, tamatlah pelajaran kita untuk hari ini." 'Akhirnya...' aku terus meletakkan kepalaku di atas meja. Tidur. "Nurul-san!" Oh, tidak! Lenaku diganggu! "Jom makan!?" " Erm..maaf ya, saya puasa hari ni." Aku menghadiahkan senyuman bagi menutup rasa bersalah dalam diriku. Selalunya, aku akan menghabiskan masa rehatku bersama gadis ini. Hikari namanya. Seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum. "Oh, yeke?" Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. 'Maaf sahabat, tak dapat teman kau seperti selalu.' Bisikku dalam hati. "Oklah kalau macam tu..jumpa lagi." "Ok..." Hikari pergi membawa bersama cahaya lampu bilik kuliah. Aku lena kembali.   "Nurul, nak beli baju raya yang macam mana?" tanya Ummi. "Macam biasa je. Baju kurung," balasku. "Eso...

SURAT SEORANG IBU DARI PALESTINA

Cerpen, Global, Palestin
Assalamualaikum wbt   Aku yakin banyak orang yang akan mendengarkan kata-kataku ini. Dan juga yakin, sebagian besar dari anda peduli tentang kami, mahupun peduli tentang penderitaan kami. Untuk itulah anda membaca surat ini. Aku ucapkan terima kasih yang sedalam-dalamnya atas perhatian anda.   Kami menyambut hari dengan memastikan bahawa kami memiliki bekalan air yang cukup untuk diminum. Namun, elektrik padam, sehingga kami tidak boleh mengepam air. Aku juga harus memastikan bekalan makanan untuk anak-anak karana sukarnya mencari keperluan. Ini kerana, tentara Zionis telah membunuh penjual makanan yang biasa datang ke tempat kami. Israel juga telah membunuh tukang air yang lalu setiap pagi di kampung.   Aku juga tidak akan membiarkan suami pergi mencari ai...

[Karya 3R] Mimpi Perubahan

Cerpen, Uncategorized
KEJADIAN yang aneh telah terjadi dalam hidupku. Benar-benar aneh. Aku terbaring lemah di atas katil buruk di sebuah hospital. Aku dapati tanganku sudah digari ke kepala katil. Gari itu pula berat sekali. Kakiku? Ah, dirempongkan juga! Sekeliling bahagian dahiku pula berjahit dengan benang. Perit sungguh. Kurasakan seperti doktor-doktor itu telah membelah tempurung kepalaku. Entah apa tujuannya, aku sendiri tidak mengerti. Aku cuba menggerak-gerakkan jari-jemariku. Ah, aku tidak bebas bergerak! Kubuka mataku perlahan-lahan. Kelihatan kelibat-kelibat manusia di kiri, kanan, depan dan belakangku. Ada juga kelibat manusia gesit lalu-lalang membawa dulang ubat-ubatan dan menolak troli. Suasana malap. Tiba-tiba seorang jururawat mendekatiku. Mukanya tersenyum. Manis wajahnya berpuput senyu...