Dakwah dan Tarbiyah – Aspiring Malaysian Rijal

Dakwah dan Tarbiyah

Engkau Boleh!

Engkau Boleh!

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah
Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini. http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f Dalam Islam juga, terdapat hukum seperti ini. Hukum Tarikan. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu yang hendak kita peroleh, insyaAllah, kita akan memperolehinya, berkat keyakinan kita. Tentu sekali keyakinan kita pada Allah SWT Yang Maha Men
SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG: HUKUM DAN CARANYA

SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG: HUKUM DAN CARANYA

AMIR Circle, Dakwah dan Tarbiyah, Global, Tips-tips
MUKADIMAH Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.   Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.   PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini iala...
Kisah sekuntum bunga

Kisah sekuntum bunga

Artikel, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah, Uncategorized
Sejak dari kecil, aku seringkali melihat rutin harian arwah ibuku. Minatnya pada bunga membuatkan laman rumahku dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, tidak ubah seperti taman bunga yang penuh dengan bunga yang mekar dan mewangi. Saban hari arwah ibu akan menyiram dan memeriksa agar bunga-bunga kesayangannya tidak dirosakkan oleh serangga-serangga perosak. Adakalanya arwah ibu kesedihan tatkala melihat ada bunganya yang kelayuan atau rosak dimakan serangga. Namun dibajai dengan baja yang secukupnya dan dijaga dengan penuh kasih sayang, membuatkan bunga yang kelayuan dan rosak tadi kembali mekar dan mewangi semula. Semakin aku menginjak usia, aku cuba fahami dan cuba untuk melihat salah satu rutin harian arwah ibuku ini daripada satu sudut yang berlainan. Sesuatu yang aku pelajari dan...
[SIRI PERSEDIAAN RAMADHAN] #1

[SIRI PERSEDIAAN RAMADHAN] #1

Dakwah dan Tarbiyah, Uncategorized
Persediaan #1 : Membekali diri dengan puasa "Jika kamu dalam keadaan berpuasa maka kamu tidak boleh berbicara kotor, berbuat fasik (dosa) dan berlaku bodoh, dan apabila ada orang mengajakmu bertengkar, mencaci, memakimu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) p/s: Jom puasa sunat! Puasa Ayyamul Bidh (puasa tiga hari petengahan bulan Sya'aban) pada 1, 2, dan 3 Jun 2015!
Bingkisan Dari Bumi Sakura

Bingkisan Dari Bumi Sakura

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah
Lagi beberapa hari bumi Sakura akan diserikan dengan kedatangan kouhai-kouhai yang bakal melanjutkan pelajaran di sini. Macam mana dengan persiapan nak fly? Saya pasti ramai yang sudah mendapatkan tips persedian daripada senpai-senpai. Barang semua dah siap packing. Kalau flight diawalkan pun mesti dah siap siaga nak datang kan? Oops. Mungkin ada lagi persedian yang kita tak buat.  Teringat saya sewaktu kali pertama nak menjejak kaki di Jepun. Tahun saya fly adalah tahun gempa bumi besar melanda Jepun. Akibatnya flight kami ditunda sedikit lewat. Walhal keluarga sudah menempah tiket penerbangan untuk menghantar saya di KLIA. Maklumlah duduk Malaysia Timur. Akhirnya kami menghabiskan masa bercuti di Kuala Lumpur. Pada hari penerbangan, semua orang bersama keluarga masing-masing. S