Palestin – Aspiring Malaysian Rijal

Palestin

Surah Al-Ahzab, Perang Khandak & Palestin

Artikel, Dakwah dan Tarbiyah, Global, Palestin
Pernahkah kita mendengar atau mengetahui tentang kisah Peperangan Khandak? Perang yang selalu kita ingat tentang kebijaksanaan cadangan Salman Al-Farisi membina parit mengelilingi Madinah bagi menghadapi serangan dari kafir quraisy dan pakatan-pakatan lain. Setiap kisah-kisah dan peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi-Nabi terdahulu adalah sebagai peringatan dan pemberi  berita gembira kepada kita di akhir zaman ini. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud; “Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman.”  (Hud 11: 120) Begitulah juga bagaimana kisah peperangan khandak ini  merupakan suatu berita gembira dan p

Boikot barangan Israel! Boikot barangan Israel! Boikot barangan Isreal!

Artikel, Dakwah dan Tarbiyah, Global, Palestin
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Slogan ataupun seruan di atas selalu kita dengari apabila duduk bersama-sama dengan aktivis-aktivis Palestin.  Pernahkah kita terfikir, mengapakah kita perlu memboikot barangan Israel atau mana-mana syarikat yang membiayai agenda Zionis? Seruan boikot barangan Israel dan syarikat yang menyokong agenda Zionis Israel merupakan salah satu usaha aman dari seluruh pelosok dunia bagi memberi tekanan kepada Israel kerana mereka melaksanakan dasar aparteid terhadap rakyat Palestin sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan  Afrika Selatan pada waktu dahulu. Boikot Israel ini adalah satu usaha untuk mengikut jejak langkah kejayaan seluruh dunia memboikot Afrika Selatan dengan harapan agar Israel menghentikan penjajahan, perampasan, pembunuhan rakyat-rakyat

SYRIA BERDARAH: Anda peduli?

Berita Terkini, Global, Palestin
  Anda pernah menghadapi situasi dimana news feed facebook anda dipenuhi dengan gambar-gambar ngeri, video-video menyayat hati mahupun status-status sahabat yang merobek nurani? Apakah reaksi anda? Diam? Tidak mahu ambil peduli? Ataupun anda merasakan post-post sebegitu hanya sekadar untuk menyesakkan news feed anda? Tepuk dada Tanya iman. Aman? Ya! dek kerana terlalu enak hidup dalam keadaan aman ini lah yang membuatkan kita tidak tahu keperitan hidup mereka. Lebih parah lagi, jika kita tidak pernah menyangka sebenarnya wujud di dunia realiti ini kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan. Sentap! Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, seramai 93 ribu rakyat Syria telah menjadi mangsa korban akibat krisis di Negara ini ...

Merdekakah kita?

Global, Karya Kreatif, Palestin
“Death is sweeter to us than honey. And you frighten us of death.” “You frighten me of death? Death is the means for me to meet my Lord.” “Until we have victory, or we will be martyrs.” “Oh Lord of Muhammad, Help the Ummah of Muhammad.” “Ya Rahman, Ya Rahim.”   Aku lahir di bumi merdeka. Aku ada hak, aku ada kebebasan. Aku dilindungi, aku diutamakan. Di bumi ini aku mengorak langkah, satu demi satu, menuju cita-citaku sedari kecil lagi. Doktor, guru, jurutera, askar, jururawat dan  sebagainya. Aku ibaratnya permata, dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh, bukan saja dari ibu bapaku, malah seluruh lapisan masyarakat. Setiap langkahku adalah bekas langkah-langkah orang yang terdahulu sebelum aku. Jalan kejayaan mereka adalah jalan kejayaan aku. Aku diajar untuk bercita-

SURAT SEORANG IBU DARI PALESTINA

Cerpen, Global, Palestin
Assalamualaikum wbt   Aku yakin banyak orang yang akan mendengarkan kata-kataku ini. Dan juga yakin, sebagian besar dari anda peduli tentang kami, mahupun peduli tentang penderitaan kami. Untuk itulah anda membaca surat ini. Aku ucapkan terima kasih yang sedalam-dalamnya atas perhatian anda.   Kami menyambut hari dengan memastikan bahawa kami memiliki bekalan air yang cukup untuk diminum. Namun, elektrik padam, sehingga kami tidak boleh mengepam air. Aku juga harus memastikan bekalan makanan untuk anak-anak karana sukarnya mencari keperluan. Ini kerana, tentara Zionis telah membunuh penjual makanan yang biasa datang ke tempat kami. Israel juga telah membunuh tukang air yang lalu setiap pagi di kampung.   Aku juga tidak akan membiarkan suami pergi mencari ai...