Puisi – Aspiring Malaysian Rijal

Puisi

[Puisi] Kudup Bunga di Kebun Syahid

[Puisi] Kudup Bunga di Kebun Syahid

Karya Kreatif, Puisi
sahabat, setiap kali bertemu meraih salam dari dakapanmu jiwa kita seperti selirat akar yang bertaut di dalam tanah perlahan-lahan menjalar ke ranting ukhuwah. tentu kau tahu, akar ini - dari benih iman ia berkecambah saban waktu dibajai tarbiyah disiram tadhiyah begitulah kita menanamnya dengan ikhlas dan faham. sahabat, seperti daun-daun amal ini jihad kita semakin menghijau di ranting, segugus tajarrud menjadi putih lalu kita memetiknya dengan penuh ketaatan. tentu kau juga tahu, angin ujian begitu hebat menerpa - semoga kita terus tsabat, berjuang sama menongkah getir cuaca hingga segala yang kita impi menjadi seladang bunga buat para mujahid atau akhirnya sahabatku ... kita menjadi kudup bunga yang gugur di kebun syahid. -MA- Jalan Kebun, Shah ...
[Puisi] Cikgu Gaza

[Puisi] Cikgu Gaza

Karya Kreatif, Puisi
Cikgu, telah banyak kau mengajarkanku memaknai nyawa dan kehidupan di meja belajar aku melihatmu menangis di depan di tanganmu sebatang kapur nama-nama yang syahid perlahan kau tulis sehingga tiada lagi ruang.   Suatu hari kau melukis harapan bahawa sekolah Palestin ini akan bebas dari gari-gari durjana atau jeriji-jeriji zalim yang menjarah tanah dan maruah kita.   Cikgu, kau seorang guru yang telah mengajarkan kami memaknai nyawa dan kehidupan ketika abangku digari ayahku dikurung dalam jeriji ibu dan adikku dikejami.   Aku tidak akan lari dari sekolah ini inilah rahim kelahiranku dan leher maruahku walau bertubi-tubi diserang lagi aku akan terus duduk dan belajar untuk menjadi segagahmu, Cikgu
[Karya 3R] Bulatan Cinta

[Karya 3R] Bulatan Cinta

Karya Kreatif, Puisi
pegang tangan, bulatan cinta bukti hamba sujud firman Ilahi bertentang mata, hilangnya duka duduk sama merungkai hikmah kejadian ar-Rahim senyuman terukir di wajah jernih hangatnya ukhwah bisa terasa suatu rasa yang tiada dahulu tapi kini kita mula duduk sama   sayang-sayang semua Ramadhan tiba bulatan cinta hadir menambah hamasah mendarab istiqamah kita berlari sama mengejar nur kasihNya menyeru mesej AlAs Sang Pencipta   sayang-sayang semua kita tuju misi Ramadhan sama setiap detiknya memburu at-taqwa mengembara ke puncak maghfirahNya berlumba riang mengisi mutabaah ke mana sahaja bibirnya basah dzikrullah lembaran Ilahi ditatap acapkalinya   sayang-sayang semua gelombang iman mesra terasa ...
[Karya 3R] Sekantung Penuh  Dosa dan Nista

[Karya 3R] Sekantung Penuh Dosa dan Nista

Artikel, Karya Kreatif, Puisi
Ramadhan 1435 Hijrah kini kembali Mengepuk-ngepuk kenangan silam Sekantung penuh Dosa dan nista Namun Bukankah rahmat Allah mengatasi segalanya? Oleh itu Bangunkan hati-hatimu Menyahut kegembiraan ini Raikan sepenuh hatimu Semoga di penghujungnya Namamu terpadam daripada catatan penghuni neraka A’uzubillah   Fariz Mirza Ube, Yamaguchi 1 Ramadhan 1435H
Puisi Untuk Murobbi

Puisi Untuk Murobbi

Artikel pilihan, Karya Kreatif, Puisi
  Di matanya ada cahaya Menerobos jendela hati Mendidik hikmah Mengajarkan kalimah   Tuturnya membenarkan Kewujudan satu Tuhan Sujudnya mengiyakan Hakikat sebuah kehambaan   Dia insan biasa Dengan hamasah penuh di dada Pesannya padaku tanpa henti Menanamkan Addin dalam diri Agar dewasaku punya erti Membina ummah hari ini   Katanya lagi Harus kubuang batu kebatilan Pada sungai-sungai amalan Agar arus tarbiyyah itu Bisa terus mengalir laju   Jika hayat itu sifatnya sehari Maka dia sudah senja Padaku yang terang siang Katanya berkerjalah, bergeraklah Kerana hidup satu pinjaman Sampai masa harus dipulangkan   Akhirnya dia menjengah malam Matanya rapat terpejam Namu...