Tazkirah – Aspiring Malaysian Rijal

Tazkirah

Engkau Boleh!

Engkau Boleh!

Artikel pilihan, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah
Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini. http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f Dalam Islam juga, terdapat hukum seperti ini. Hukum Tarikan. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu yang hendak kita peroleh, insyaAllah, kita akan memperolehinya, berkat keyakinan kita. Tentu sekali keyakinan kita pada Allah SWT Yang Maha Men
Kisah sekuntum bunga

Kisah sekuntum bunga

Artikel, Dakwah dan Tarbiyah, Tazkirah, Uncategorized
Sejak dari kecil, aku seringkali melihat rutin harian arwah ibuku. Minatnya pada bunga membuatkan laman rumahku dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, tidak ubah seperti taman bunga yang penuh dengan bunga yang mekar dan mewangi. Saban hari arwah ibu akan menyiram dan memeriksa agar bunga-bunga kesayangannya tidak dirosakkan oleh serangga-serangga perosak. Adakalanya arwah ibu kesedihan tatkala melihat ada bunganya yang kelayuan atau rosak dimakan serangga. Namun dibajai dengan baja yang secukupnya dan dijaga dengan penuh kasih sayang, membuatkan bunga yang kelayuan dan rosak tadi kembali mekar dan mewangi semula. Semakin aku menginjak usia, aku cuba fahami dan cuba untuk melihat salah satu rutin harian arwah ibuku ini daripada satu sudut yang berlainan. Sesuatu yang aku pelajari dan...
Cerdik Akhirat

Cerdik Akhirat

Tazkirah
Pernah saya merasa bahagia melihat pasangan yang baharu berkahwin. Tidak pernah terlintas dahulu, kebahagiaan pasangan yang sudah berkahwin, yang manis berpegangan tangan itu berkait rapat dengan kebesaran Allah. Kalau melihat situasi begitu, kita sepatutnya mengingati Allah. Ia sepatunya mengingatkan kita kepada kebesaran Allah. Mungkin kita tidak teringat kepada Allah kerana pasangan yang berkahwin yang kita lihat itu hanya kahwin olok-olok dalam drama sinetron. Dalam Surah Ar-Rum ayat 21, Allah berfirman "Dan di Antara tanda-tanda kebesaranNya ialah dia mencitptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (...

Kenapa Stress Ni, Sahabat?

Artikel, Tazkirah
Semua manusia pasti pernah merasa lelah dan stress. Dulu masa zaman kolej persediaan, mungkin kita selalu stress dengan belajar. Nak sangat cepat habis EJU, nak sangat tahu result dapat fly ke Jepun atau tidak. Mungkin dulu kita pernah berharap masuk universiti di Jepun nanti, study dan life tak stress dan penat lagi dah. Tapi kita silap, bukan? Hidup di Jepun masih juga memenatkan. Kita kena dengar lecture dalam bahasa jepun, ada sensei cakapnya laju, kita kena pandai bergaul dengan kawan jepun, ada yang tak nak dekat dengan kita sebab penampilan kita yang macam makhluk asing pada mereka, kita kena marah dengan sensei kalau tersilap, ada sensei garang  dan kena tahan kat lab sampai lewat malam. Tambah lagi memeningkan, bukannya kita kena fikir study sahaja. Kita nak menabung, tapi bil

[Karya 3R] Ramadhan, Jagalah Hati

Artikel, Artikel pilihan, Karya Kreatif, Tazkirah
Percayakah kalian sekiranya saya umpamakan hati yang sering menjadi isu dalam hidup ini sebagai laman hadapan rumah kita? Laman yang terlihat berkulat dan bersepah dek ranting-ranting serta daun-daun yang jatuhnya dari pohon terdekat mahupun rumah jiran kita. Itu contoh laman yang tidak diselanggara dengan baik. Seperti itu juga hati kita yang Allah kurniakan ini, bukankah hanya untuk dipenuhkan rasa takwa dan sentiasa di'update' iman kita biar kita terus merasakan hidup ini bermakna? Allah memang sangat pemurah lagi penyayang dan kerana itu, kita hanya dikurniakan 1 hati. Semestinya akan menjadi masalah sekiranya ada banyak hati seperti jari-jari kita yang ada 20 semuanya. Jika ada 1 hati pun dibiarkan semak dengan jahiliyah tanpa ditebas, ditanam pohon-pohon keimanan, inikan pula a...