FAQ

Adakah AMIR persatuan yang bersifat eksklusif?

Tidak. Semua program umum AMIR adalah bersifat terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Namun, AMIR juga menyediakan program-program tarbiyah (pendidikan) yang bersifat khusus dan berkala kepada mereka yang sedia memberikan komitmen kepada halaqah mingguan kami. Kami percaya, pembinaan individu muslim yang menyeluruh seperti yang digariskan dalam Visi dan Misi AMIR, memerlukan sistem tarbiyah yang tersusun dan bertahap.

 

Bagaimana memohon menjadi ahli AMIR?

Anda boleh mengisi borang yang disediakan di laman web kami. Mereka yang mendaftarkan diri untuk program-program yang dianjurkan AMIR juga, akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli umum AMIR.

 

Apakah kelebihan mendaftar sebagai ahli AMIR?

Mereka yang mendaftar sebagai ahli umum AMIR akan mendapat :

  1. Hebahan maklumat setiap kali AMIR menganjurkan program-program umum di kawasan masing-masing
  2. Hebahan maklumat mengenai halaqah mingguan yang sesuai untuk disertai di kawasan masing-masing (sekiranya ada)

Manakala mereka yang memberikan komitmen dan menghadiri halaqah mingguan AMIR, akan mendapat maklumat mengenai program-program tarbiyah yang disusun khas untuk mereka.

 

Adakah AMIR terlibat dengan mana-mana badan politik atau NGO?

Tidak. AMIR adalah sebuah persatuan pelajar yang bebas dari mana-mana kepentingan badan-badan tertentu.

 

Bagaimanakah AMIR mendapat dana untuk menjalankan program?

Melalui sumbangan secara individu ataupun syarikat. AMIR juga menjalankan beberapa projek untuk menjana dana sendiri, seperti menubuhkan perniagaan “online” melalui ‘Ahlam Store’

 

Adakah ahli AMIR perlu membuat sebarang yuran keahlian?

Tidak. AMIR tidak mengenakan sebarang yuran keahlian. Namun, program-program yang dianjurkan mungkin memerlukan yuran penyertaan, bergantung kepada program.

Leave a Reply