Kobe University

Universiti ini merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang tertua dan ternama di Jepun dengan kepadatan pelajar luar negara yang tinggi sehingga mencecah angka 1,000 orang. Dari bilangan tersebut, kini terdapat seramai 20 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini sama ada di peringkat Ijazah atau Master. Di sini, kebanyakan pelajar menuntut di Faculty of […]

More Info

Kinki University

Kinki University merupakan universiti swasta komprehensif yang terletak di bandar megapolis Osaka, di mana pelajarnya terdiri daripada tajaan Majlis Amanah Rakyat dan tajaan persendirian. Kedudukannya di bandar megapolis menjanjikan pelbagai pilihan line keretapi untuk akses ke Kinki University.

More Info

Iwate University

Universiti ini terletak di bandar Morioka, Iwate di bahagian utara pulau Honshu. Untuk sampai ke Iwate dari Tokyo, memakan masa selama lebih kurang tiga jam menaiki bullet train (shinkansen) dan kira-kira 7 jam menaiki bas atau kereta melalui lebuhraya. Semua pelajar Malaysia di sini adalah di bawah tajaan JPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil jurusan kejuruteraan terutama dalam bidang kejuruteraan kimia atau biokimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan elektronik dan kejuruteraan awam dan persekitaran.

More Info

Oita University

Oita University atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Bun-dai’ oleh pelajar-pelajarnya dan warga tempatan sendiri, merupakan suatu destinasi studi yg sesuai untuk mereka yg gemarkan suasana tenang dan semula jadi. Sesuai dengan cogan katanya” 豊かな自然の中で未知のことを学ぶ楽しさを” yang bermaksud “keriangan menuntut ilmu di suasana alam semulajadi”. Maka terserlahlah keindahan panorama hijau di sekitar kawasan universiti demi membantu suasana pembelajaran.

More Info

Okayama University

Okayama universiti atau ringkasnya 岡大 ialah sebuah university nasional yang terletak di bagian chugoku iaitu di okayama-ken. Ditubuhkan pada tahun 1949 dengan satu tujuan iaitu “人類社会の持続的進化のための新たなパラダイム構築”.Universiti ini mempunyai kira-kira 40 orang penuntut dari Malaysia. Kebanyakan mereka adalah pelajar tajaan JPA dan juga KPM(Kementerian Pelajaran Malaysia ). 

More Info