Laporan Program “Palestin, Aku Peduli!”

Pada 29 dan 30 Jun 2013 yang lalu, Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad telah mengadakan satu program yang dinamakan “Palestin, Aku Peduli!”. Program tersebut telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza iaitu di Fukuoka pada 29 Jun dan di Okayama pada keesokan harinya. Program bertemakan Palestin seperti ini bukannya julung kali […]

More Info

BOS 北陸 (IKHWAH)

Tanggal 03 Mei 2013, bermulanya cuti “minggu emas” bagi seluruh Negara Jepun. Di kesempatan ini rakyat jelata negara matahari terbit ini berpusu-pusu keluar daripada tempat kediaman masing-masing. Ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang bercuti-cuti bersama keluarga, ada yang hanya berpeleseran membuang masa tanpa tujuan dan sebagainya. Yang berada di kawasan-kawasan bandaraya seperti Tokyo, […]

More Info

Yokoso Nippon 2013

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan” Begitulah setiap tahun yang menjadi kebiasaan bagi AMIR menyambut kedatangan para kouhai (junior) yang baru menjejakkan kaki di bumi sakura. Di bawah program “Yokoso Nippon” yang bermaksud “Selamat Datang ke Jepun”, AMIR telah menghantar beberapa orang wakil untuk menjemput para pelajar yang baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. […]

More Info

Pre-Departure 2013 (Sora wo Hirakou)

Pada 23 dan 24 Februari yang lalu, AMIR telah mengadakan satu program persediaan untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Jepun pada Mac nanti.   Program ini telah diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kehidupan yang bakal ditempuhi di Jepun, terutamanya berkenaan tatacara kehidupan seorang muslim di negara yang majoritinya tidak beragama Islam. Seawal […]

More Info

Laporan Program Solat Hajat Perdana kawasan Kansai 2012

Pada tanggal 7 Julai 2012, pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Jepun atau lebih dikenali sebagai MSAJ telah bekerjasama dengan AMIR kawasan Kansai bagi menjayakan Program Solat Hajat Perdana kawasan Kansai 2012. Program yang bertempat di Kokui Residence, Kobe ini diadakan sempena musim peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang bagi kebanyakan pelajar universiti di Jepun.

Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis pada jam 7.15 malam dan disusuli dengan bacaan doa oleh wakil AMIR, saudara Omar bin Hamidun. Program disambung dengan ucapan presiden MSAJ Kansai, saudara Muhammad Abdul Rauf bin Abdul Wahid. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kepada semua yang hadir, serta berbesar hati menerima kerjasama daripada pihak AMIR dalam program kali ini. Beliau juga melahirkan rasa suka cita dengan kehadiran presiden AMIR, saudara Akmal bin Ahmed pada malam itu, yang turut memberi sepatah dua kata selepas beliau. Saudara Akmal juga sangat gembira dengan kerjasama yang menglibatkan MSAJ dan AMIR seperti ini, dan berharap program seumpama solat hajat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

More Info