Pengenalan – Aspiring Malaysian Rijal

Pengenalan

Aspiring Malaysian Rijal atau lebih dikenali sebagai AMIR merupakan sebuah persatuan mahasiswa muslim Malaysia di Jepun. AMIR menggalas aspirasi yang tinggi untuk melahirkan Rijal iaitu pemuda atau mahasiswa Malaysia yang cemerlang intelektualnya, mapan syakhsiahnya, tinggi nilai dirinya bagi membawa misinya sebagai seorang muslim. Persatuan ini ditubuhkan pada 28 April 2002 di Tokyo International Exchange Center, Odaiba. AMIR seiring dengan persatuan-persatuan lain di Jepun seperti MSAJ, IPIJ dan KUJ, berhasrat untuk menjadi sebuah persatuan yang memberi manfaat kepada masyarakat mahasiswa di Jepun, samada dari aspek pendidikan, pembinaan insan, kekeluargaan dan kebajikan.