Fuyu Gathering 2016 [ Ukhuwwah : Thawing A Frozen Heart ] (Lelaki) – Aspiring Malaysian Rijal

Fuyu Gathering 2016 [ Ukhuwwah : Thawing A Frozen Heart ] (Lelaki)

Ukhuwwah : Thawing A Frozen Heart

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.” (49:13)

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan pelbagai nikmat dan rahmat kepada kita. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Sebagai permulaan, insyaAllah untuk musim sejuk pada tahun ini, AMIR akan menganjurkan perkumpulan musim sejuk (Fuyu Gathering 2016 )untuk semua pelajar yang sedang belajar di Jepun.

Berikut dinyatakan tentatif untuk program kali ini.

Tentatif

28hb Disember 2016 (Rabu)

22:30 Berkumpul di Stesen Shin-Osaka (Untuk peserta yang berlepas dari Osaka)

29hb Disember 2016 (Khamis)

02:00 Berkumpul di Stesen Nagoya (Untuk peserta yang berlepas dari Nagoya)

08:30 Berkumpul di Stesen Shinjuku (Untuk peserta yang berlepas dari Tokyo)

12:00 Pendaftaran

14:00 Slot bermula

21:30 Kembara mimpi

30hb Disember 2016 (Jumaat)

05:00 Qiamulllail berjemaah, solat Subuh, bacaan Al-Mathurat dan tazkirah

08:00~ Slot pengisian dan aktiviti berkumpulan

21:30 Kembara mimpi

31hb Disember 2016 (Sabtu)

05:30 Solat Subuh, bacaan Al-Mathurat dan tazkirah

Permainan sukan salji (08:00-16:00)

Aktiviti indoor akan disediakan bagi peserta yang tidak bermain sukan snobod dan ski.

1hb Januari 2017 (Ahad)

05:30 Solat subuh, bacaan Al-Mathurat dan tazkirah

08:00 Slot pengisian dan aktiviti berkumpulan

11:30 Penutup

13:00 Bertolak pulang

17:00 Bas dijangka tiba di Shinjuku

19:00 Bas dijangka tiba di Nagoya

22:00 Bas dijangka tiba di Shin-Osaka

Akses ke Tempat Program

 

  • Menaiki bas yang disediakan

 

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam emel susulan.

 

  • Kenderaan sendiri

 

マウンテンパーク津南

〒949-8122 Niigata-ken, Nakauonuma-gun, Tsunan-machi, Kamigōueda, 甲1745−1

〒949-8122 新潟県中魚沼郡津南町上郷上田甲1745-1

2.1 Penggunaan tayar studless (tayar untuk salji) adalah diwajibkan.

2.2 Memastikan kenderaan anda mempunyai voluntary insurance (任意保険) atau,

mengambil insuran sehari (1日保険).

Rujuk: http://ehokenstore.com/oneday/

2.2 Rancang perjalanan dengan baik supaya dapat tiba di tempat program pada masanya.

Barang kelengkapan/keperluan.

  1. Pakaian dan keperluan peribadi yang mencukupi.
  2. Al-Quran terjemahan
  3. 在留カード(residence card) dan 保険証(insurance card)
  4. Alat tulis
  5. Wang secukupnya
  6. Ubat-ubatan bagi yang perlu

Yuran

  1. Asas ¥15,000
  2. Tambang bas pergi balik   ¥6450 (Tokyo), ¥14460(Osaka)
  3. Snobod/ski ¥10,000

3.1 Anggaran: ¥4000 tiket gondola, ¥6000 sewa set baju dan peralatan

3.2 Digalakkan untuk membawa set pakaian, gloves, dan goggle sendiri bagi   mengurangkan kos sewa peralatan.

3.3 Bagi yang ingin mengepos papan snobod/ski ke tempat program, sila hubungi saudara Aslam (090-9483-3663) untuk urusan lanjut.

Peserta dikehendaki untuk membayar duit pendahuluan sebanyak ¥10,000 ke dalam akaun berikut sebelum 10hb Disember 2016.

<No akaun>

Akhir Kata

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk bertemu. InsyaAllah.

Leave a Reply